Tuesday, February 26, 2013

DIPILIH UNTUK JADI BINTANG K-POP, AJIEB PERLUKAN DANA


Kejayaan pengacara Ajieb Rosdi menempatkan namanya sebagai selebriti tempatan pertama yang diundang menjadi artis jemputan bagi dua stesen radio Korea Selatan iaitu KBS World Radio dan Arirang Radio pada 2012 diteruskan lagi apabila Ajieb turut menjadi rakyat Malaysia pertama diterima sebagai pelajar di M-Net Academy iaitu pusat mengeluarkan bintang K-Pop (Korea Pop) .
Bakal memulakan pengajian pada pertengahan Mac depan, Ajieb dijadualkan bakal ditransformasi menjadi artis K-Pop oleh pusat pengajian tersebut seperti mana artis Thailand iaitu Nathew yang berjaya diubah imejnya menjadi bintang K-Pop.
Menerusi projek tersebut, Ajieb atau nama sebenarnya Mohd Razif Mohd Rosdi turut mendapat tawaran produser dari Korea Selatan iaitu David Blake Shin untuk menerbitkan sebuah album penuh dalam bahasa Korea dan Enggeris.
David Blake pernah menerbitkan beberapa buah album artis K-Pop seperti Girls Day termasuklah dua penyanyi dari luar Korea Selatan iaitu Fish Leong dari Taiwan dan Aloys dari China. Beliau juga pernah bergelar bintang K-Pop menerusi kumpulan Po’em
Dalam album sulung berkenaan yang bakal dipasarkan di Korea dan Malaysia, Ajieb yang berasal dari Johor Bahru bakal berduet dengan seorang bintang K-pop yang masih dirahsiakan identitinya yang mana bintang K-Pop berkenaan akan menyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Melayu manakala Ajieb mendendangkan dalam bahasa Korea.
Memandangkan projek ini belum pernah dilaksanakan pihak Korea Selatan dan Malaysia, sebuah program TV istimewa bakal diterbitkan untuk berkongsi aktiviti dan pengajian Ajieb sepanjang tiga bulan berada di Seoul, Korea Selatan.
Bagaimanapun, untuk merealisasikan rekod untuk rakyat Malaysia, pengacara Apa Kata M di saluran Astro Warna memerlukan sejumlah dana yang besar dari pihak yang berminat untuk menyokong projek ini.
Sekiranya ada pihak yang berminat untuk membantu, anda boleh menghantarkan emel kepada pihak pengurusan Ajieb iaitu Creative Ajieb yang mana dibawah syarikat tersebut, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat turut sama diuruskan syarikat berkenaan.
Fakta:
1. Lagu nyanyian Ajieb berjudul Bagaikan Satria hasil ciptaan Omar K telah menjadi lagu Melayu pertama dimainkan KBS World Radio menerusi program K-Pop connection.
2. Pihak penerbit berminat mengambil Ajieb selepas mendengar lagu single pertama Ajieb berjudul Apa Kata yang juga menjadi lagu tema program Apa Kata M?.
3. Ajieb juga telah menjadi satu proses uji bakat suara secara terbuka oleh produser berkenaan ketika kali kedua Ajieb berkunjung ke Seoul, Korea Selatan.
4. Ajieb dikenali sebagai pengacara TV menerusi program Aksi Murai di Astro Ria sekitar tahun 2007. Ajieb juga menjadi pengacara Yok Sahur dan Apa Kata M?
5. Selain bertugas sepenuh masa sebagai editor hiburan di murai.com.my, Ajieb juga merupakan penyampai radio sambilan THR Gegar sejak 2012.

Thursday, February 21, 2013

Guns 'N' Roses Live in KL



Siapa tidak mengenali band lagenda dari US ini? Gun N Roses Bakal Beraksi di Konsert F1 Malaysia 2013! Pasti peminat setia mereka tidak senang duduk dengan berita ini dan inilah peluang mereka untuk melihat Guns N’ Roses apabila dapat menyaksikan idola mereka beraksi di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 Mac 2013, sejurus selepas tamat perlumbaan F1.

Paling Popular