Monday, March 25, 2013

Psiko Yang Bakal Mencuri Hati


Nantikan kemunculan Psiko yang bakal mencuri hati korang semua tak lama lagi. Filem arahan Namron dan lakonlayar oleh Fared Ayam ni pasti memikat hati khalayak peminat filem Malaysia selepas Bunohan. Sebuah genre filem yang jarang kita lihat dalam filem Malaysia di mana psiko, thriller, jenayah dan cinta bergabung dalam satu cerita. Korang boleh baca sinopsis filem ni di bawah dan aku sempat menebual Namron secara online tentang filem sulung mainstream beliau ni.


Psiko Pencuri Hati feature film (mainstream) Namron kerana sebelum ini hanya buat filem indie/digital atau teater selain berlakon. Bagaimana boleh terjebak ke arahan mainstream ni?

Sebab memang nak layan mainstrean pula. Gua hanya nak bercerita telling stories mungkin medium berlainan tapi tujuannya sama dan penontonnya juga tak sama.

Sunday, March 24, 2013

Rock Oo!! Melangkaui Sejarah Rock Tanahair



Filem Rock Oo merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas semangat mereka yang ingin terus kekal gah di arena muzik tanah air.

Berpegang kepada azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) iaitu “Pantang anak petani moden mengundur kalah,” rockers kampung ini sanggup berjuang bermati – matian demi mempertahankan minat dan cita – cita mereka.

Rock Oo! ni memang cerita yang simple tapi bagi aku penuh makna. Kenapa Amy Mat Piah? Apa pentingnya sampai Mamat Khalid nak angkat Rock Oo! atas watak Amy Mat Piah? Bagi aku senang je, Amy Mat Piah adalah kebanyakan dari kita yang sebenarnya bukannya rock sangat. Tak Rock pun. Tapi minat giler dengan rock dan poyo-poyo sangat nak jadi rockers. Suara tak ada tapi nak jadi penyanyi. Bila orang komplen, merajuk. Ini realiti sesetangah dari kita dan Amy Mat Piah mewakili semua dari kita yang mengidam sangat nak jadi rockers walaupun jiwa tu bosanova seperti kata Pyanhabib dalam Rock Oo, "pergi balik pakai seluar. baru rock!" kehkeh :)

KONSERT METALASIA PADA 2 JUN 2013!!!



Ketua kumpulan, komposer dan gitaris Metalasia, King Shah memberitahu kepada wakil Karisma, Konsert Metalasia bakal diadakan pada 2 Jun 2013 bertempat di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur. Mengulas lanjut tentang konsert ini, “Metalasia dalam persiapan untuk konsert yang bakal berlangsung dan saya telah pun melihat tempat di mana konsert bakal diadakan. Harga tiket dan poster konsert masih dalam proses perbincangan”. Menurut King Shah lagi, konsert ini bakal menggabungkan kedua-dua Vokalis Metalasia iaitu Muix dan Cd Naz.

Dengan kerjasama Kelab Guitarist Nusantara dalam menjayakan konsert ini, mereka akan mengadakan Sesi Uji Bakat pada 24 Mac 2013 untuk memilih kumpulan yang layak sebagai  “Opening Act” pada hari konsert itu nanti. Genre yang dipilih adalah Metal sahaja. Kepada yang berminat, anda boleh menghantar butiran kumpulan anda ke ilhamcp@yahoo.com.

Jadi pada peminat kumpulan Metalasia, kumpul duit dan sama-sama kita gegarkan konsert ni. Rock ooo!

Paling Popular