Wednesday, August 21, 2013

Bintang K-Pop Malaysia Pertama - Impian Ajieb Semakin Hampir

Baacak sempat bertemu dengan Ajieb yang lebih dikenali melalui Apa Kata Murai di Astro sebelum ini. Kami berbual tentang pengalamannya di Korea dalam persediaan untuk album K-Pop yang pertama dan seterusnya menjadi anak Malaysia pertama sebagai bintang K-Pop dalam industri di Korea. Ajieb juga bercerita dengan sesi bertemu peminatnya pada 24 Ogos ini di Red Box IOI Mall untuk preview single pertamanya. Buat semua peminat dan bukan peminat Ajieb bacalah interview eksklusif kami bersama Ajieb.


1. Ada yang tahu tapi masih ramai yang belum tahu tentang Ajieb akan menerbitkan album KPOP di Korea. Boleh ceritakan lebih lanjut?
AJIEB: Inilah asam garam seorang selebriti tempatan. Tidak semua yang popular itu dikenali semua insan. Seperti saya, mungkin ramai yang kenali empunya nama Ajieb Rosdi ini terdiri daripada mereka yang melanggan Astro. Ini kerana, saya lebih kerap berada di kaca tv Astro berbanding stesen TV lain. Begitulah juga dengan projek saya yang bakal menerbitkan album kpop di korea selatan. Setakat ini, saya bersyukur banyak media online yang lebih mengetahui mengenai projek tersebut. Terima kasih kepada Baacak yang menjadi media online terawal membuat liputan tentang projek saya ini. Jadi sebagai artis yang ingin impiannya tercapai, saya hanya mampu berusaha selagi termampu. Apa yang pasti, saya bersyukur, apabila seseorang itu sudah mula tahu tentang projek saya ini, mereka mula menyokong saya seratus peratus. Sebabnya, saya buat bukan untuk diri saya saja. Saya buat untuk memajukan industri muzik tempatan. Demi 1Malaysia. Saya ingin melihat anak Malaysia boleh mampu berdiri sama tinggi dengan bintang K-Pop yang telah mengegar dunia dengan budaya mereka sendiri saja. Jadi, saya harap selepas ini, lebih ramai yang tahu tentang projek saya ini.

2. Bagaimana boleh terpilih sebagai artis KPOP Melayu yang pertama di Korea? Boleh cerita sikit?
Usaha dan terus berusaha. Pada mulanya, saya tidak termimpi untuk menandatangani  kontrak untuk menjadi penyanyi Kpop. Saya hanyalah sekadar ingin membuat sebuah lagu single berentak kpop. Dalam pada saya mencari material tersebut, saya menerima tawaran ini sekaligus menjadi anak Malaysia yang pertama yang diterima masuk dalam industri muzik K-pop. Peluang hanya sekali. Mungkin kalau saya tolak, tawaran sebegini akan datang kepada rakyat Malaysia yang lain dalam tempoh yang lama. Walaupun saya bukanlah dikenali sebagai penyanyi di Malaysia. saya beranikan diri untuk mencuba. Alhamdulillah, saya berjaya memikat mereka menerusi sebuah uji bakat kecil yang telah diadakan di korea selatan. Saya juga bersyukur, produser korea meminati tone vokal yang saya miliki. 



Paling Popular