Monday, November 11, 2013

Ahmad Busu meninggal dunia di Hospital Klang


Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit strok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang selepas Maghrib pada Ahad.

Allahyarham dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Berita kematian beliau tersebar twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Di dalam budaya pop Malaysia sendiri Allahyarham adalah individu yang mempopularkan frasa "Mengancam!" yang cukup popular di era 1990an hingga kini bagi menggambarkan kecantikan.

Paling Popular