Baacak sempat bertemu dengan Ajieb yang lebih dikenali melalui Apa Kata Murai di Astro sebelum ini. Kami berbual tentang pengalamannya di Korea dalam persediaan untuk album K-Pop yang pertama dan seterusnya menjadi anak Malaysia pertama sebagai bintang K-Pop dalam industri di Korea. Ajieb juga bercerita dengan sesi bertemu peminatnya pada 24 Ogos ini di Red Box IOI Mall untuk preview single pertamanya. Buat semua peminat dan bukan peminat Ajieb bacalah interview eksklusif kami bersama Ajieb.
1. Ada yang tahu tapi masih ramai yang belum tahu tentang Ajieb akan menerbitkan album KPOP di Korea. Boleh ceritakan lebih lanjut?
AJIEB: Inilah asam garam seorang selebriti tempatan. Tidak semua yang popular itu dikenali semua insan. Seperti saya, mungkin ramai yang kenali empunya nama Ajieb Rosdi ini terdiri daripada mereka yang melanggan Astro. Ini kerana, saya lebih kerap berada di kaca tv Astro berbanding stesen TV lain. Begitulah juga dengan projek saya yang bakal menerbitkan album kpop di korea selatan. Setakat ini, saya bersyukur banyak media online yang lebih mengetahui mengenai projek tersebut. Terima kasih kepada Baacak yang menjadi media online terawal membuat liputan tentang projek saya ini. Jadi sebagai artis yang ingin impiannya tercapai, saya hanya mampu berusaha selagi termampu. Apa yang pasti, saya bersyukur, apabila seseorang itu sudah mula tahu tentang projek saya ini, mereka mula menyokong saya seratus peratus. Sebabnya, saya buat bukan untuk diri saya saja. Saya buat untuk memajukan industri muzik tempatan. Demi 1Malaysia. Saya ingin melihat anak Malaysia boleh mampu berdiri sama tinggi dengan bintang K-Pop yang telah mengegar dunia dengan budaya mereka sendiri saja. Jadi, saya harap selepas ini, lebih ramai yang tahu tentang projek saya ini.
2. Bagaimana boleh terpilih sebagai artis KPOP Melayu yang pertama di Korea? Boleh cerita sikit?
Usaha dan terus berusaha. Pada mulanya, saya tidak termimpi untuk menandatangani kontrak untuk menjadi penyanyi Kpop. Saya hanyalah sekadar ingin membuat sebuah lagu single berentak kpop. Dalam pada saya mencari material tersebut, saya menerima tawaran ini sekaligus menjadi anak Malaysia yang pertama yang diterima masuk dalam industri muzik K-pop. Peluang hanya sekali. Mungkin kalau saya tolak, tawaran sebegini akan datang kepada rakyat Malaysia yang lain dalam tempoh yang lama. Walaupun saya bukanlah dikenali sebagai penyanyi di Malaysia. saya beranikan diri untuk mencuba. Alhamdulillah, saya berjaya memikat mereka menerusi sebuah uji bakat kecil yang telah diadakan di korea selatan. Saya juga bersyukur, produser korea meminati tone vokal yang saya miliki.
3. Siapa penerbit album tersebut dan artis korea mana yang pernah diterbitkan?
Penerbit album saya ini juga adalah pengurus saya di korea. Nama dia adalah Blake Shin. Selain Blake Shin, saya juga mempunyai seorang produser yang berdarah Amerika tetapi hebat dalam industri Kpop iaitu Andi. Blake pernah menerbit banyak album bertaraf antarabangsa yang melibatkan artis bukan korea seperti dari China, Taiwan dan Hong Kong. Untuk artis Kpop, Blake pernah menerbitkan album untuk kumpulan Girls Day yang kini meletup dengan lagu Female President.
4. Ada yang kata Ajieb tak serius dalam penerbitan album ni dan ia ditaja pihak tertentu. Ajieb terpilih juga kerana 'orang dalam'. Boleh komen?
Jika saya tidak serius dalam projek ini, saya tidak akan mampu menjadi selebriti tempatan yang diwawancara dua stesen radio di korea selatan pada tahun lalu. Jika saya main-main, saya tidak mencipta rekod menjadi anak malaysia pertama yang diterima masuk sebagai pelajar dan pelatih Mnet Academy. Terus-terang, saya ke sini tanpa ada bantuan atau tajaan dari sesiapa. Saya gunakan wang saya sendiri. Setakat ini, saya sudah habis wang sebanyak RM80ribu. Saya berharap selepas ini ada pihak dari Malaysia yang boleh menaja saya sekaligus mempromosikan produk tempatan ke korea selatan. Saya tidak boleh tolak dakwaan pihak tertentu mengenai saya mengunakan orang dalam. Hakikatnya, saya tidak akan senang dapat semua yang saya dapat ini dengan orang dalam. Maksudnya, jika orang dalam yang ambil saya, saya tidak perlu mengeluarkan wang belanja ribuan ringgit. Harap ia terjawab dan peminat boleh menilai sendiri.
5. Bila album ni akan dilancarkan di Malaysia?
Setakat ini, pihak pengurusan saya di Korea Selatan memberi kebenaran untuk melancarkan single kpop yang pertama di malaysia terlebih dahulu sebelum di korea kerana saya anak malaysia. Keistimewaan diberikan kepada peminat saya di Malaysia. Mungkin ia akan dilancarkan awal penghujung ogos atau awal september. Album penuh masih belum boleh diputuskan lagi.
6. Nampaknya sekarang Ajieb akan menetap di Korea, bagaimana dengan tugas di Murai?
Insya-Allah, saya akan menetap sepenuhnya di Korea Selatan pada 2014. Setakat ini, saya masih berulang alik ke korea selatan. Jadi, jika rezeki saya dalam bidang ini, berkemungkinan besar saya akan meninggalkan Murai yang telah banyak berjasa pada saya. Namun, janganlah memandang ia dari sudut positif. Penghijrahan digalakkan dalam Islam untuk mencapai kejayaan.
7. Boleh tak ceritakan lebih lanjut tentang KPOP Raya bersama Ajieb 24 Ogos ini?
Sebenarnya Kpop raya ini dianjurkan pihak kelab peminat Ajieb iaitu BFA (Best Friend Ajieb). Ia lebih kepada ajieb ingin berjumpa peminat yang telah menyokong Ajieb sehingga Ajieb dapat tawaran sebegini. Dalam masa yang sama. pihak BFA ingin mencari mereka yang bersungguh untuk menguruskan kelab ini kerana ia bukan saja tertumpu di Malaysia sebaliknya seluruh negara. Majlis ini juga diadakan demi memberi keistimewaan pada BFA untuk menjadi yang terawal mendengar single kpop pertama ajieb.
8. Apa perancangan Ajieb sebelum tamat tahun 2013 ni dan bagaimana harapan tentang album dan single yang bakal keluar nanti?
Insya-Allah, saya akan melancarkan lagu di korea selatan dan berlakon serta muncul dalam beberapa program korea. Dalam masa yang sama, saya bersiap sedia untuk berlakon dalam drama korea selatan. Saya juga sedang menyiapkan diri untuk menetap sepenuhnya di Korea Selatan. Harapan saya agar single ini mendapat perhatian ramai dan boleh melakar satu sejarah baru.
Info tentang Sesi bertemu peminat 24 Ogos ini, anada boleh klik di FB https://www.facebook.com/events/499754873448048/
Kami di Baacak ucapkan "All the best" dan oga berjaya mengharumkan nama Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Popular
-
Baacak sempat bertemu dengan Ajieb yang lebih dikenali melalui Apa Kata Murai di Astro sebelum ini. Kami berbual tentang pengalamannya di Ko...
-
Teaser | Lembut Bukan Lelaki from nadiah hamzah on Vimeo . LEMBUT BUKAN LELAKI mengisahkan tentang seorang gadis yang kasar perlakuan ...
-
Joyah (40) menjadi janda kerana mulutnya asyik membebel. Dia diceraikan oleh suaminya Daud Botak (50). Ada dua orang anaknya iaitu Syak ...
No comments:
Post a Comment