Showing posts with label Muzik. Show all posts
Showing posts with label Muzik. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

Peraduan Pilih Tajuk Lagu Ajieb


Memandangkan Ajieb Rosdi adalah anak Malaysia pertama mencipta nama dalam arena muzik K-Pop, pihak pengurusan Ajieb di Korea Selatan iaitu Blessync Media memberi penghormatan kepada masyarakat tempatan untuk menamakan tajuk lagu solo pertama Ajieb berbahasa Korea. Pemilihan tajuk lagu ini akan digunakan untuk pasaran Malaysia dan Korea Selatan. Pemenang akan dipilih berdasarkan tajuk yang paling banyak disukai dan slogan menarik.

Untuk info lanjut layari http://www.astrogempak.com.my/yohaengajieb/peraduanKPop.aspx

Wednesday, August 21, 2013

Bintang K-Pop Malaysia Pertama - Impian Ajieb Semakin Hampir

Baacak sempat bertemu dengan Ajieb yang lebih dikenali melalui Apa Kata Murai di Astro sebelum ini. Kami berbual tentang pengalamannya di Korea dalam persediaan untuk album K-Pop yang pertama dan seterusnya menjadi anak Malaysia pertama sebagai bintang K-Pop dalam industri di Korea. Ajieb juga bercerita dengan sesi bertemu peminatnya pada 24 Ogos ini di Red Box IOI Mall untuk preview single pertamanya. Buat semua peminat dan bukan peminat Ajieb bacalah interview eksklusif kami bersama Ajieb.


1. Ada yang tahu tapi masih ramai yang belum tahu tentang Ajieb akan menerbitkan album KPOP di Korea. Boleh ceritakan lebih lanjut?
AJIEB: Inilah asam garam seorang selebriti tempatan. Tidak semua yang popular itu dikenali semua insan. Seperti saya, mungkin ramai yang kenali empunya nama Ajieb Rosdi ini terdiri daripada mereka yang melanggan Astro. Ini kerana, saya lebih kerap berada di kaca tv Astro berbanding stesen TV lain. Begitulah juga dengan projek saya yang bakal menerbitkan album kpop di korea selatan. Setakat ini, saya bersyukur banyak media online yang lebih mengetahui mengenai projek tersebut. Terima kasih kepada Baacak yang menjadi media online terawal membuat liputan tentang projek saya ini. Jadi sebagai artis yang ingin impiannya tercapai, saya hanya mampu berusaha selagi termampu. Apa yang pasti, saya bersyukur, apabila seseorang itu sudah mula tahu tentang projek saya ini, mereka mula menyokong saya seratus peratus. Sebabnya, saya buat bukan untuk diri saya saja. Saya buat untuk memajukan industri muzik tempatan. Demi 1Malaysia. Saya ingin melihat anak Malaysia boleh mampu berdiri sama tinggi dengan bintang K-Pop yang telah mengegar dunia dengan budaya mereka sendiri saja. Jadi, saya harap selepas ini, lebih ramai yang tahu tentang projek saya ini.

2. Bagaimana boleh terpilih sebagai artis KPOP Melayu yang pertama di Korea? Boleh cerita sikit?
Usaha dan terus berusaha. Pada mulanya, saya tidak termimpi untuk menandatangani  kontrak untuk menjadi penyanyi Kpop. Saya hanyalah sekadar ingin membuat sebuah lagu single berentak kpop. Dalam pada saya mencari material tersebut, saya menerima tawaran ini sekaligus menjadi anak Malaysia yang pertama yang diterima masuk dalam industri muzik K-pop. Peluang hanya sekali. Mungkin kalau saya tolak, tawaran sebegini akan datang kepada rakyat Malaysia yang lain dalam tempoh yang lama. Walaupun saya bukanlah dikenali sebagai penyanyi di Malaysia. saya beranikan diri untuk mencuba. Alhamdulillah, saya berjaya memikat mereka menerusi sebuah uji bakat kecil yang telah diadakan di korea selatan. Saya juga bersyukur, produser korea meminati tone vokal yang saya miliki. 



Sunday, March 24, 2013

KONSERT METALASIA PADA 2 JUN 2013!!!



Ketua kumpulan, komposer dan gitaris Metalasia, King Shah memberitahu kepada wakil Karisma, Konsert Metalasia bakal diadakan pada 2 Jun 2013 bertempat di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur. Mengulas lanjut tentang konsert ini, “Metalasia dalam persiapan untuk konsert yang bakal berlangsung dan saya telah pun melihat tempat di mana konsert bakal diadakan. Harga tiket dan poster konsert masih dalam proses perbincangan”. Menurut King Shah lagi, konsert ini bakal menggabungkan kedua-dua Vokalis Metalasia iaitu Muix dan Cd Naz.

Dengan kerjasama Kelab Guitarist Nusantara dalam menjayakan konsert ini, mereka akan mengadakan Sesi Uji Bakat pada 24 Mac 2013 untuk memilih kumpulan yang layak sebagai  “Opening Act” pada hari konsert itu nanti. Genre yang dipilih adalah Metal sahaja. Kepada yang berminat, anda boleh menghantar butiran kumpulan anda ke ilhamcp@yahoo.com.

Jadi pada peminat kumpulan Metalasia, kumpul duit dan sama-sama kita gegarkan konsert ni. Rock ooo!

Tuesday, February 26, 2013

DIPILIH UNTUK JADI BINTANG K-POP, AJIEB PERLUKAN DANA


Kejayaan pengacara Ajieb Rosdi menempatkan namanya sebagai selebriti tempatan pertama yang diundang menjadi artis jemputan bagi dua stesen radio Korea Selatan iaitu KBS World Radio dan Arirang Radio pada 2012 diteruskan lagi apabila Ajieb turut menjadi rakyat Malaysia pertama diterima sebagai pelajar di M-Net Academy iaitu pusat mengeluarkan bintang K-Pop (Korea Pop) .
Bakal memulakan pengajian pada pertengahan Mac depan, Ajieb dijadualkan bakal ditransformasi menjadi artis K-Pop oleh pusat pengajian tersebut seperti mana artis Thailand iaitu Nathew yang berjaya diubah imejnya menjadi bintang K-Pop.
Menerusi projek tersebut, Ajieb atau nama sebenarnya Mohd Razif Mohd Rosdi turut mendapat tawaran produser dari Korea Selatan iaitu David Blake Shin untuk menerbitkan sebuah album penuh dalam bahasa Korea dan Enggeris.
David Blake pernah menerbitkan beberapa buah album artis K-Pop seperti Girls Day termasuklah dua penyanyi dari luar Korea Selatan iaitu Fish Leong dari Taiwan dan Aloys dari China. Beliau juga pernah bergelar bintang K-Pop menerusi kumpulan Po’em
Dalam album sulung berkenaan yang bakal dipasarkan di Korea dan Malaysia, Ajieb yang berasal dari Johor Bahru bakal berduet dengan seorang bintang K-pop yang masih dirahsiakan identitinya yang mana bintang K-Pop berkenaan akan menyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Melayu manakala Ajieb mendendangkan dalam bahasa Korea.
Memandangkan projek ini belum pernah dilaksanakan pihak Korea Selatan dan Malaysia, sebuah program TV istimewa bakal diterbitkan untuk berkongsi aktiviti dan pengajian Ajieb sepanjang tiga bulan berada di Seoul, Korea Selatan.
Bagaimanapun, untuk merealisasikan rekod untuk rakyat Malaysia, pengacara Apa Kata M di saluran Astro Warna memerlukan sejumlah dana yang besar dari pihak yang berminat untuk menyokong projek ini.
Sekiranya ada pihak yang berminat untuk membantu, anda boleh menghantarkan emel kepada pihak pengurusan Ajieb iaitu Creative Ajieb yang mana dibawah syarikat tersebut, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat turut sama diuruskan syarikat berkenaan.
Fakta:
1. Lagu nyanyian Ajieb berjudul Bagaikan Satria hasil ciptaan Omar K telah menjadi lagu Melayu pertama dimainkan KBS World Radio menerusi program K-Pop connection.
2. Pihak penerbit berminat mengambil Ajieb selepas mendengar lagu single pertama Ajieb berjudul Apa Kata yang juga menjadi lagu tema program Apa Kata M?.
3. Ajieb juga telah menjadi satu proses uji bakat suara secara terbuka oleh produser berkenaan ketika kali kedua Ajieb berkunjung ke Seoul, Korea Selatan.
4. Ajieb dikenali sebagai pengacara TV menerusi program Aksi Murai di Astro Ria sekitar tahun 2007. Ajieb juga menjadi pengacara Yok Sahur dan Apa Kata M?
5. Selain bertugas sepenuh masa sebagai editor hiburan di murai.com.my, Ajieb juga merupakan penyampai radio sambilan THR Gegar sejak 2012.

Thursday, February 21, 2013

Guns 'N' Roses Live in KL



Siapa tidak mengenali band lagenda dari US ini? Gun N Roses Bakal Beraksi di Konsert F1 Malaysia 2013! Pasti peminat setia mereka tidak senang duduk dengan berita ini dan inilah peluang mereka untuk melihat Guns N’ Roses apabila dapat menyaksikan idola mereka beraksi di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 Mac 2013, sejurus selepas tamat perlumbaan F1.

Sunday, April 22, 2012

GUBA - Bintang Baru Menyinar


Guba atau Gabriel Robert Rawantas ialah seorang penyanyi baru Laguna Music berasal dari Sabah. July tahun lepas beliau telah menerbitkan single pertama beliau berjudul "You're So Fine" feat Yuna, sebuah lagu 'smooth melodic' yang cukup memukau dan mendamikan jiwa.



Yuna - The Sparkle Project


Yuna kini muncul dengan projek terbaru bersama Galaxy Note dengan projek terbaru di panggil The Sparkle Project di mana semua peminat dapat berkongsi idea menggunakan Galaxy Note dan idea-idea terbaru akan dimuatkan ke dalam video klip terbarunya 'Sparkle'.

Saturday, April 14, 2012

RECORD STORE DAY GIG



2012 is Record Store Day's fifth year, and somewhere in Kuala Lumpur, a little music blog decided hey, why not do something of our own over at this side of the country, bring together music fans, artistes and the like for a little bit of good ol' fashioned music gig?

We have gathered some of the few artistes in Malaysia, who have recently released an album last year, and those who will be releasing albums within the year. Catch them perform your beloved tracks from them live, and also get a sneak on what to expect in the near future.

Besides that, you can also purchase your favourite bands' CDs at a DISCOUNTED PRICE during the gig.

So, mark your calendars:
DATE: April 21, 2012 (Saturday)
TIME: 2PM onwards
VENUE: Doppel Kafe, Central Market, KL
ENTRY FEE: RM15

14 local acts for just the price of RM15. Just for you lovely music fans - all because it's RECORD STORE DAY! :)

Thursday, April 12, 2012

Rock Dengan The Red Rooster Club


Yuna Di Lollapalooza Makin Bersinar Di US


Terbaru, dari Yuna yang kini berada di Amerika Syarikat memberitahu yang beliau akan terlibat dalam satu festival muzik epik sekitar Ogos 2012 ini. Festival muzik yang di beri nama Lollapalooza merupakan festival muzik tahunan yang dianjurkan sejak tahun 1991 dan kini masuk tahun ke-20 penganjurannya. Tahun lepas sahaja, Lollapalooza berjaya menarik lebih 270,000 orang peminat muzik untuk tiga hari acara penuh muzik dan seni.

Thursday, April 5, 2012

Yuna Bersyukur Imej Bertudung Diterima Di Amerika Syarikat



KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna amat bersyukur apabila imej bertudung yang ditampilkan boleh diterima oleh syarikat rakamannya di Amerika Syarikat iaitu Fader Label tanpa sebarang pertikaian.

Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai berkata, sepanjang berurusan dengan syarikat rakaman dan bertemu dengan pelbagai pihak di negara itu, imejnya tidak pernah dipersoalkan walaupun terdapat beberapa pihak di negara berkenaan yang agak skeptikal dengan wanita bertudung.

Persembahan Live Yuna Di Conan


Persembahan 'live' Yuna dalam rancangan Conan O'Brien di TBS

Tuesday, April 3, 2012

Legendary Concert



Bukan mudah untuk mengumpulkan empat nama besar dalam industri muzik tanah air di bawah satu bumbung dan pentas yang sama. Cubaan menyatukan Zainal Abidin, Datuk Sheila Majid, Amy Search dan Jamal Abdillah dua tahun lalu tidak berjaya dek kerana masing-masing mempunyai urusan sendiri.

Thursday, March 15, 2012

The Cranberries LIVE IN MALAYSIA 2012



The Cranberries telah kembali! Kumpulan berasal dari Ireland ini dengan teraju utamanya Dolores O'Riordan, yang menyemarakkan carta selama lebih sedekad dengan CV mengesankan itu kembali dengan World Tour! Kumpulan ini akan memulakan tour di Malaysia pada 4 April, Stadium Negara, 8:30 malam.

Ahli Sufi Inspirasi lagu Pekin


Oleh ABD. AZIZ ITAR, UTUSAN MALAYSIA

PEKIN Ibrahim bukan setakat dikenali sebagai pelakon drama malah dia yang akan muncul dalam filem terbaru berjudul Bunohan juga seorang penyanyi berbakat. Selain menyanyi, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, merupakan penyanyi kumpulan Seven Words yang pernah muncul dengan album pertama berjudul TraGD Realiti pada tahun 2002. Selepas 9 tahun album terbitan Life Records itu diterbitkan, kumpulan itu jelas Pekin akan kembali lagi dengan album single mengandungi lima lagu terbarunya yang bertemakan ketuhanan.

Cromok Reunion : Thrashing Kuala Lumpur


Bagi peminat Otai Rock & Trash, jangan lupa saksikan Cromok
8 April 2012
KL, Live Jalan Sultan Ismail

Tempahan tiket sila ke Ticketpro

Wednesday, March 14, 2012

YUNA - Calon Nickelodeon Kids’ Choice Awards!

Yuna telah dicalonkan sebagai  “Favorite Asian Act” di Anugerah Pilihan Tahunan ke 25 Nickelodeon Kids '! Beliau muncul dalam kategori bersama artis Agnes Monica dari Indonesia, Charice dari Filipina, dan Wonder Girls dari Korea. Rancangan ini akan dihoskan oleh Will Smith pada 31 Mac, 2012, jam 8 malam dan ke udara secara lansung dari USC Galen Center di Los Angeles. Peminat boleh MENGUNDI UNTUK Yuna di Facebook dan laman web Nickelodeon!

Walaupun ini hanyalah anugerah untuk kanak-kanak, namun ia satu batu lonjakan buat YUNA lebih menyerlah di persada antarabangsa. Jom undi!

Info Yuna Music

Paling Popular