Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts
Monday, March 25, 2013
Psiko Yang Bakal Mencuri Hati
Nantikan kemunculan Psiko yang bakal mencuri hati korang semua tak lama lagi. Filem arahan Namron dan lakonlayar oleh Fared Ayam ni pasti memikat hati khalayak peminat filem Malaysia selepas Bunohan. Sebuah genre filem yang jarang kita lihat dalam filem Malaysia di mana psiko, thriller, jenayah dan cinta bergabung dalam satu cerita. Korang boleh baca sinopsis filem ni di bawah dan aku sempat menebual Namron secara online tentang filem sulung mainstream beliau ni.
Psiko Pencuri Hati feature film (mainstream) Namron kerana sebelum ini hanya buat filem indie/digital atau teater selain berlakon. Bagaimana boleh terjebak ke arahan mainstream ni?
Sebab memang nak layan mainstrean pula. Gua hanya nak bercerita telling stories mungkin medium berlainan tapi tujuannya sama dan penontonnya juga tak sama.
Sunday, March 24, 2013
Rock Oo!! Melangkaui Sejarah Rock Tanahair
Filem Rock Oo merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas semangat mereka yang ingin terus kekal gah di arena muzik tanah air.
Berpegang kepada azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) iaitu “Pantang anak petani moden mengundur kalah,” rockers kampung ini sanggup berjuang bermati – matian demi mempertahankan minat dan cita – cita mereka.
Rock Oo! ni memang cerita yang simple tapi bagi aku penuh makna. Kenapa Amy Mat Piah? Apa pentingnya sampai Mamat Khalid nak angkat Rock Oo! atas watak Amy Mat Piah? Bagi aku senang je, Amy Mat Piah adalah kebanyakan dari kita yang sebenarnya bukannya rock sangat. Tak Rock pun. Tapi minat giler dengan rock dan poyo-poyo sangat nak jadi rockers. Suara tak ada tapi nak jadi penyanyi. Bila orang komplen, merajuk. Ini realiti sesetangah dari kita dan Amy Mat Piah mewakili semua dari kita yang mengidam sangat nak jadi rockers walaupun jiwa tu bosanova seperti kata Pyanhabib dalam Rock Oo, "pergi balik pakai seluar. baru rock!" kehkeh :)
Tuesday, April 10, 2012
Projek: Filem Pendek Dijital
Seperti yang diwar warkan, aku akan melakukan sesi mencari bakat baru yang mahu ikut serta dalam pembikinan filem pendek aku yang mengambil beberapa babak dalm skrip flem cereka yang aku tulis iaitu 'Jejak Megat'.Diingatkan projek ini adalah projek filem pendek dan aku tak pasti berapa lama durasi projek ini. Proje ini juga aku sedang diskasi utk dijadikan sebagai satu bengkel produksi dimana aku akan mengutamakan sesiapa yang berminat menyertai projek ini dengan sedikit bayaran. Akan diberitahu kelak, kalau projek ini dijadikan Bengkel Produksi, makanya ini adalah Bengkel Produksi yang ke 07 anjuran aku dan Unggul Film Academy dan setiap mereka yang terlibat akan diberikan sijil penyertaan dan seperti sebelum sebelum ini, Yuran bagi Bengkel Produksi adalah RM150.ok seperti yang diberitahu, inilah senarai watak yang aku inginkan.
Thursday, April 5, 2012
Bola Kampung The Movie
Syarikat tempatan, Animasia Studio sudah bersedia memperkenalkan filem animasi 3D kedua negara iaitu Bola Kampung The Movie yang akan dikeluarkan hujung tahun ini.
Animasia telah membelanjakan kira-kira RM6 juta bagi membiayai proses pembikinan serta pemasaran yang menggunakan lebih 13 suara selebriti terkenal negara ini setelah membelanjakan kira-kira RM6 juta untuk pembikinannya.
Sunday, April 1, 2012
Jiwa Taiko
JIWA TAIKO adalah sebuah cerita tentang anak muda, dan Osman mempersembahkan cerita ini dengan aksi silat dan stunt yang mengejutkan!
Wednesday, March 21, 2012
Hoore Hoore
Filem muzikal Hoore! Hoore! Filem ini dibuat khas bagi memperingati pemergian 20 tahun Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad. Kesemua lagu-lagu yang diambil bagi melatari filem ini adalah hasil daripada nyanyian Penghibur no.1 Asia ini
Tersesat Di Siang Hari
oleh Hassan Muthalib melalui GUA
Email berikut dikirimkan kepada GUA oleh pengkritik filem terkenal, Hassan Muthalib, Karyawan Tamu di UITM merujuk kepada artikel BUNOHAN – KETEPIKAN SOSIOBUDAYA & BERPECAH BELAH yang telah disiarkan di sebuah portal berita hiburan pada Mac 17, 2012.
Inilah masalahnya apabila orang yang buat kritikan bukan bercakap pasal TEKS (iaitu, benda-benda yang berada dalam sesuatu filem), tetapi sebaliknya bercakap DI LUAR TEKS (perkara-perkara yang tidak berada dalam filem). Bila kita bercakap mengenai sesebuah filem, cakap hanya tentang apa yang dipaparkan dan samada ia dibina dengan berkesan atau tidak berdasarkan naratif, dan paling penting, bersandarkan NAWAITU (subteks) pengarahnya. Untuk ini, lihatlah kepada CINEMATIC REPRESENTATION dan bukan dari aspek ugama, sosiologi, komunikasi atau pun antropologi, Itu namanya sudah sesat jalan!
Monday, March 19, 2012
John Carter - Sebuah Epik Lemah
Ia mengambil masa 100 tahun untuk epic saga Edgar Rice Burrough ‘Barsoom' untuk keluar ke layar lebar. Ia ialah sebuah adaptasi yang besar dengan bajet yang dikatakan sekitar AS $250 juta. Arahan Andrew Stanton ini benar-benar filem yang menyeronokkan, sains fiksyen abad ke-21. Ya, ia adalah sebuah filem yang baik, besar dalam konsep dan besar dalam pelaksanaannya. Dan oh ya, saya tipu tentang semua tu. Nanti saya ulas ya :)
Wednesday, March 14, 2012
Afdlin Memang Berani Punya Budak
Pengarah : Afdlin Shauki
Syarikat Penerbit : Vision Works (M) Sdn Bhd
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi, Komedi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 26 April 2012
Format : 35mm
Berani Punya Budak merupakan filem versi bahasa Melayu untuk filem Thailand Brave yang turut menampilkan Afdlin Shauki dan Awie sebagai pelakon watak utamanya.
Sunday, March 11, 2012
Tim Burton's Dark Shadows
Kisah Gothic seram berpusat pada kehidupan vampire Barnabas Collins dengan pelbagai raksasa, ahli-ahli sihir, werewolves dan hantu. Berdasarkan siri TV.
Dibintangi oleh Johnny Depp, Michelle Pfeiffer, Eva Green, Helena Bonham Carter dan Jonny Lee Miller.
Burton juga telah mengeluarkan satu sinopsis filem untuk mengisi rasa ingin tahu tentang filem yang akan ditayangkan 11 Mei nanti!
Hanyut - Almayer's Folly
Filemnya, "Kaki Bakar" pernah menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Festival Filem Cannes pada tahun 1995. U-Wei Haji Saari, yang turut mengarahkan "Perempuan, Isteri dan ..." (1993) dan "Jogho" (1997) bukanlah seorang pengarah filem yang biasa anda temui. Cukup berbeza dengan pengarah filem tempatan sedia ada.
Berdasarkan novel pertama Joseph Conrad, filem epic ini bercerita tentang Almayer, seorang peniaga Belanda berjuang untuk meneruskan kehidupan di Borneo pada pertukaran abad ke-19. Dia berimpian untuk menemui gunung emas yang dianggap mitos, tetapi ditentang oleh isterinya. Kerana terlalu fanatik, beliau tidak menyedari Dain dan Nina saling bercinta. Mem tahu bahawa Almayer tidak akan bertolak ansur dengan penyatuan sedemikian. Dengan kebencian yang mendalam terhadap suaminya Mem menggalakkan hubungan itu dan membiarkan Almayers dalam kegelapan.
Saturday, March 10, 2012
GIE
Tarikh Keluaran: 14 Julai 2005
Jenis Film: Drama, Biography
Dilakonkan Oleh: Nicholas Saputra
Filem GIE menceritakan seorang Soe Hok Gie, pemuda keturunan Cina yang hidup pada era orde lama. Dengan berlatar belakang kehidupan sosial politik pada masa itu. menceritakan seorang Gie yang berada pada usia remaja, SMP ketika gejolak ketidakpuasan masyarakat terhadap pemerintahan orde lama sedang berkecamuk. Gie yang tinggal bersama keluarganya, memiliki sahabat karib, serta rakan-rakan seperjuangannya.
Sosok Gie digambarkan sebagai seseorang yang berani berkata yang benar dan mempunyai kemampuan Bahasa ataupun pemikiran yang jauh dari pemuda-pemuda yang lain. Gie adalah sosok pemuda yang berani mengambil sikap atau menjadi diri sendiri.
Filem ini diinpirasikan dari kisah hidup So Hok Gie, seorang intelektual muda yang sering terlibat dalam demonstrasi dan perjuangan politik di masa hidupnya. Diari hidupnya telah diterbitkan menjadi sebuah buku bertajuk Catatan Seorang Demonstran dan tesis universitinya telah diterbitkan di bawah tajuk Di Bawah Lantera Merah.
Dalam diarinya, Gie pernah menulis:
"Seorang filsuf Yunani pernah menulis ... nasib terbaik adalah tidak dilahirkan, yang kedua dilahirkan tapi mati muda, dan yang tersial adalah umur tua. Rasa-rasanya memang begitu. Bahagialah mereka yang mati muda."Bagi yang meminati Riri Reza, sutradara Laskar Pelangi, tontonlah filem ini. Salah satu lagi filem Riri Reza yang wajib tonton ialah '3 Hari Untuk Selamanya'.
Friday, March 9, 2012
Bunohan - Nafas baru Sinema Malaysia
Apa istimewanya Bunohan? Filem berat bukanlah genre yang mampu ditelan oleh penonton kita yang sukakan hidangan yang ringan tanpa perlu bersusah payah berfikir. Namun Bunohan mampu mengajak segelintir penonton sebegini menonton dengan aksi tomoi dan ganasnya Ilham. Namun ia sekadar secukup rasa tanpa perlu berlebih lebih. Apa yang mahu dihidangkan adalah konflik antara tiga beradik Ilham (Faizal Hussein), Adil (Zahiril Adzim) dan Bakar (Pekin Ibrahim) yang lebih kejam dan ganas dari itu.
Bunohan arahan Dain Said ini dimulakan dengan adegan seawal minit pertama, filem ini telah membawa kita menelan keindahan pantai dengan kemunculan dua lelaki kampung sedang menjalankan ritual (tradisi), masuk pula lelaki dengan pakaian kerja sedang berdiskusi tentang projek (realiti) dan juga seorang kanak-kanak yang terjatuh kemudian bangun semula dengan calitan darah di dadanya. Dia berlari dan disorot ke kelir wayang kulit dengan kesan torehan sebelum imej kanak-kanak itu berlari dirakam di sebalik torehan tersebut. Ia sudah cukup untuk menceritakan keseluruhan cerita yang ingin disampaikan dalam filem ini. Kisah mitos, cinta, kekeluargaan, maruah, perjuangan, jati diri dan budaya telah digaul sehingga menjadi satu adunan yang lengkap untuk dijadikan hidangan buat penonton Malaysia yang mengidamkan santapan filem seni dengan nilai artistik tinggi.
Bunohan divisualkan gelap, segelap kisah dan watak-watak di dalamnya. Namun kalau boleh dikategorikan sebagai antagonis dalam filem ini, sudah tentulah ia jatuh kepada Bakar yang kejam, keji dan sanggup mengadaikan kasih sayang dan kekeluargaan demi mencapai hasratnya. Walaupun watak Ilham dan Adil juga bersifat gelap, Bakar boleh dikatakan sebagai yang jahat antara yang jahat (the bad among the bad). Bakar adalah bentuk iblis moden yang bertopengkan manusia yang nampak sufi di luar namun kotor di dalamnya.
Pembahagian Watak
Watak-watak di dalam Bunohan digambarkan konsisten. Pok Eng (Wan Hanafi Su) bapa kepada tiga beradik ini sering digambarkan dengan wayang kulit pohon beringin. Dalam setiap permulaan cerita Wayang kulit akan dimulai dengan kemunculan pohon beringin yang akan berada di tengah layar putih, begitu juga apabila persembahan tamat. Sebenarnya pohon beringin itu jika diterbalikkan merupakan gambaran hati manusia. Perjalanan cerita wayang kulit secara totalnya ialah kisah perjalanan manusia dalam menyucikan hatinya, cuma ia diceritakan dalam bentuk kiasan dan perlambangan. Pohon Beringin dalam Bunohan Adalah Pok Eng sendiri yang cuba membawa 3 anak-anaknya dalam perjalanan menyucikan hati masing-masing.
Bakar dilihat lebih gelap di mana setiap wataknya bersama Adil, Pok Wah dan Muski, dia akan diposisikan disebelah kiri. Bukankah kiri itu lawan kepada kanan yang sinonim dengan kebaikan? Namun bila dia bersama Jolok, orang suruhannya Bakar diposisikan disebelah kanan untuk menggambarkan konon kemurnian hatinya. Namun Bakar tidak pernah bercakap dengan memandang tepat kepada Jolok. Dain Said mengambil sisi filem di Barat di mana setiap syaitan itu, akan ada orang suruhan untuk melakukan kerja kejinya dan dia akan sentiasa terlihat baik di mata awam. Dan satu scene yang paling aku tak lupa sewaktu Bakar berbual dengan Pok Eng di dalam bilik yang berasingan di mana dalam 'frame'nya Bakar tetap diposisikan disebelah kiri namun Pok Eng diposisikan disebelah kanan dalam 'frame'nya namun terselindung disebalik langsir yang kabur. Ini cukup menceritakan sifat watak mereka yang cukup bijak dimainkan Dain.
Ilham memperlihatkan watak gelap yang selari dengan Bunohan. Pekerjaannya sebagai pembunuh upahan membuatkan Ilham harus ganas, cekap dan pantas dalam melakukannya. Walaupun sifatnya begitu, namun Ilham mempunyai lapisan hati yang halus, penuh sifat penyayang dan menghormati hak setiap manusia. Ini jelas bila Ilham menunjukkan rasa belas terhadap mangsa yang dibunuh dan ketika berdepan dengan mangsa terakhir upahannya, Adil ‘Bunga Lalang’ – adiknya sendiri. Ilham juga sangat menghormati si mati apabila mengalihkan semua kubur tempat bersemadi ibunya Mek Yah ke tempat asal setelah dipindahkan oleh orang-orang Bakar untuk laluan kemajuan. Baginya, membunuh orang adalah semata-mata pekerjaan dengan upah namun sifat kasih sayang dan keluarga sangat penting baginya.
Ini berbeza dengan Adil yang digambarkan bersifat tidak menentu. Rasa benci terhadap ayahnya Pok Eng membuatkan Adil lari ke Siam dan menjadi peninju Tomoi yang cukup dikenali. Kepulangannya ke Bunohan setelah dilarikan Muski dalam satu perlawanan dianggap sebagai sial. Ini tergambar apabila Adil menjejakkan kaki ke Bunohan di sambut dengan awan kelam dan air laut yang suram. Adil masih tercari-cari asal usulnya sehingga memaksa Pok Wah (Namron) guru tomoinya menceritakan kisah yang sebenar.
Bunohan adalah cerita dunia lelaki dan diwarnai dengan kehadiran Mek Yah, ibu Ilham yang telah bertukar menjadi buaya putih. Keindahan simbolisme di dalam realisme itu yang menjadikan filem ini unik dan mempunyai tempatnya yang tersendiri. Bunohan tetap akan memuaskan hati penonton walaupun hanya dilihat pada lapisan atasnya sahaja. Mungkin ia akan mengambil masa dan bicara untuk memahami isinya namun ia permulaan yang baik untuk sinema Malaysia. Datanglah menonton bersama teman-teman agar dapat berbincang dan berbual tentang filem ini.
Kadangkala kita suka menjadi bodoh dan melihat filem yang ringan dan sempit sambil bergelak ketawa atau teruja dengan aksi-aksi lasak gaduh atau biasa saja menjadi takut dengan jenis hantu yang tak masuk akal dan pulang dengan rasa puas tanpa perlu memikirkan tentang isinya.
Namun sampai bila?
Sinopsis : Bunohan diolah dan berkisar mengenai penipuan, pengkhianatan dan perhubungan kekeluargaan yang disemarakkan dengan darah dan mitos.
Genre : Drama/Aksi
Festival : Festival Filem Antarabangsa Toronto, Anugerah NETPAC Festival Filem Golden Horse Taipei, Festival Filem Antarabangsa Rotterdam
Kos : RM1.81juta
Penerbit : Apparat Sdn. Bhd.
Pelakon : Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su, Bront Palarae, Namron, Soffi Jikan, Hushairy Husin, Amerul Affendi, Tengku Azura
Facebook/Twiiter : www.facebook.com/Bunohan @Bunohan_Movie
Rating : 4.5/5
Seminar-Bengkel "KONSEP, FALSAFAH DAN STAIL PENGARAHAN "BUNOHAN" BERSAMA PENGARAH FILEM DAIN SAID" Anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FFTA) UiTM Kampus Puncak Perdana Shah Alam - RABU 14 MAC 2011, PUKUL 8.00 MALAM. TEMPAT TERHAD. Berminat sila email: mjmurat@yahoo.com
Bunohan film viewing + Dialogue with Director, Dain Said on Mar 15, 7:30pm GSC MV. RSVP + dets @ http://twtup.com/bunonan #TwtUpBunohan2
Subscribe to:
Posts (Atom)
Paling Popular
-
Baacak sempat bertemu dengan Ajieb yang lebih dikenali melalui Apa Kata Murai di Astro sebelum ini. Kami berbual tentang pengalamannya di Ko...
-
Teaser | Lembut Bukan Lelaki from nadiah hamzah on Vimeo . LEMBUT BUKAN LELAKI mengisahkan tentang seorang gadis yang kasar perlakuan ...
-
Joyah (40) menjadi janda kerana mulutnya asyik membebel. Dia diceraikan oleh suaminya Daud Botak (50). Ada dua orang anaknya iaitu Syak ...

















+02.jpg)


