Thursday, April 12, 2012

Yuna Di Lollapalooza Makin Bersinar Di US


Terbaru, dari Yuna yang kini berada di Amerika Syarikat memberitahu yang beliau akan terlibat dalam satu festival muzik epik sekitar Ogos 2012 ini. Festival muzik yang di beri nama Lollapalooza merupakan festival muzik tahunan yang dianjurkan sejak tahun 1991 dan kini masuk tahun ke-20 penganjurannya. Tahun lepas sahaja, Lollapalooza berjaya menarik lebih 270,000 orang peminat muzik untuk tiga hari acara penuh muzik dan seni.



Tahun ini, Malaysia mempunyai wakil sendiri untuk persembahan khas di Grand Park, Chicago yang telah menjadi lokasi tetap sejak tahun 2005 lagi. Menurut maklumbalas Yuna melalui Twitter rasmi beliau, Yuna berkata beliau akan membuat persembahan di pentas kecil sahaja, namun bagi peminatnya, ia suatu yang amat membanggakan.

Lollapalooza 2012 akan berlangsung pada 3 hingga 5 Ogos 2012 ini dan jadual persembahan Yuna masih belum dikeluarkan sehingga ke saat artikel ini ditulis, yang pasti anda masih sempat untuk tempah tiket kapal terbang ke Chicago.


Suatu masa dulu, Yuna mendapat pujian daripada penulis blog terkenal Hollywood, Perez Hilton dan Billboard.com, bakat Yunalis Zarai atau Yuna mula menjadi perhatian peminat muzik Amerika Syarikat (AS).

Karya asal Nirvana, Come As You Are yang dinyanyikan dan digubah semula Yuna mendapat kritikan positif dan sekali gus menjadi pembuka ruang untuk bintang muda kelahiran Alor Setar, Kedah ini untuk mencipta nama di AS.

Single terbarunya Live Your Life terbitan Pharell William yang terus mempopularkan Yuna yang kini mendapat tempat sedikit demi sedikit oleh pendengar di Amerika Syarikat.

Lihat lineup Yuna di Lollapalooza



No comments:

Post a Comment

Paling Popular