Sunday, April 15, 2012

Bantulah Bob Kuman


dari posting asal Mazidul


Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.

Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.



"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.

"Ada apa Bob?," soal saya.

"Abang tolong datang sahaja," pintanya.

Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.

Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.


"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.


"Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna," celah Bob.


"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.


"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.


Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.


"Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu," kata Bob lagi.

Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.

Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.


"Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit," jelas Zed.

Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3.

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 11237107047)

'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'

HEBAHKAN


* Baacak! amat bersimpati dengan saudara Bob dan harap rakan-rakan dapat membantu. Semoga SENIMAN segerakan bantuan dan pihak produksi dapat membantu BOB yang banyak menjayakan drama atau filem mereka. Beliau juga pernah menyumbang populariti drama dan filem anda. Sama-sama kita membantu sesama Islam.

No comments:

Post a Comment

Paling Popular