Sunday, April 1, 2012

Ana Raffali - Bunga Pulang ke Maskara

Ana bersama poster Maskara beliau


Ana & Sindiket Soljah

Ijah Amran

Aku & Pyanhabib

Fai Zakaria & Shamyla

My wife Shamyla bersama Ana

Aku bersama Ana

Ana Raffali dan Maskara tidak dapat dipisahkan. Ini kerana beliau pernah berkongsi pentas Maskara bersama penyanyi dan penyajak lain suatu ketika dahulu, lama sebelum beliau terkenal di kaca tv dan menjuarai Juara Lagu. Jadi kalau kata pepatah "Sireh Pulang Ke Gagang", Ana boleh disifatkan sebagai Bunga Pulang ke Maskara.

Bertepatan dengan konsep Maskara malam 31 Mac 2012 itu 'Makwe-makwe', kesemua artis dan penyajak yang membuat persembahan malam itu terdiri dari wanita seluruhnya. Ana sempat berkata yang beliau agak gementar sebelum membuat persembahan. Mungkin kerana terkenang persembahan pertama beliau di Maskara dulu :). Beliau memulakan persembahan dengan lagu Lisa Jatuh Cinta dan Tak Cukup. Beliau mengakhiri persembahan dengan lagu dari filem Karipap Karipap Cinta Sehabis Baik bersama penulisnya Nazri M. Anuar atau Vovin. Lagu ini turut dinyanyi bersama seluruh pengunjung Maskara sebagai 'backup' menyerlahkan lagi kredibiliti Ana bersama penonton.

Antara lain yang membuat persembahan malam itu termasuklah Rebecca Ilham, Ijah Amran, Aishah Nur Hakim, Aida Kamsuri, Fai Zakaria, Hani Salwah dan Cikgu Vee.


No comments:

Post a Comment

Paling Popular