Monday, April 9, 2012

Paan Paiz



Paan dan Paiz adalah teman serumah yang sudah berkawan baik sejak dari kecil lagi. Paiz lebih pandai, serius dalam hidup dan mempunyai cita-cita manakala Pa’an tersangat malas, loyar buruk tetapi baik hati. Selepas tamat belajar, Paiz mula bekerja di firma arkitek manakala Pa’an pula menjadi penganggur tegar sambil nikmati harta peninggalan arwah ayahnya yang tersangat kaya. Hidup mereka mula berubah, apabila Paiz berkahwin dengan adik Paan iaitu Dira, dan membawanya tinggal bersama dengan mereka. Pelbagai peristiwa lucu dan ‘kacau bilau’ berlaku apabila, Dira terpaksa ‘bersaing’ dengan Pa’an untuk mendapat perhatian daripada Paiz manakala Paiz pula terpaksa membahagikan masanya antara Dira dan Paan dan Pa’an pula terpaksa menerima kerenah Dira yang tersangat leceh dan amat mengada-ngada.



No comments:

Post a Comment

Paling Popular