Sunday, March 24, 2013

Rock Oo!! Melangkaui Sejarah Rock Tanahair



Filem Rock Oo merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas semangat mereka yang ingin terus kekal gah di arena muzik tanah air.

Berpegang kepada azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) iaitu “Pantang anak petani moden mengundur kalah,” rockers kampung ini sanggup berjuang bermati – matian demi mempertahankan minat dan cita – cita mereka.

Rock Oo! ni memang cerita yang simple tapi bagi aku penuh makna. Kenapa Amy Mat Piah? Apa pentingnya sampai Mamat Khalid nak angkat Rock Oo! atas watak Amy Mat Piah? Bagi aku senang je, Amy Mat Piah adalah kebanyakan dari kita yang sebenarnya bukannya rock sangat. Tak Rock pun. Tapi minat giler dengan rock dan poyo-poyo sangat nak jadi rockers. Suara tak ada tapi nak jadi penyanyi. Bila orang komplen, merajuk. Ini realiti sesetangah dari kita dan Amy Mat Piah mewakili semua dari kita yang mengidam sangat nak jadi rockers walaupun jiwa tu bosanova seperti kata Pyanhabib dalam Rock Oo, "pergi balik pakai seluar. baru rock!" kehkeh :)



Rock Oo penuh dengan semangat setiakawan dan perjuangan. Perjuangan yang tak kenal lelah walau begitu banyak rintangan yang mencabar. Rock Oo! bukan sekadar filem gelak-gelak dan mengimbau zaman akhir 80an/awal 90an tapi penuh semangat yang pelbagai.


Jijoe sebagai abang tetap memberi kata-kata semangat walaupun kadangkala dia pun hampir hilang semangat. Ini jelas bila Zul Kapan beritahu Luncai Emas nak sign Malaikat Maut dan bukan Rimba Bara. Ia juga jelas dalam scene Cik Man kena tangkap polis. Jijoe langsung putus semangat. Nasib berjumpa dengan Cik Wan (saiful Apek) semangat Rimba Bara kembali semula.

Lakonan bagi aku semuanya mantap dan kena dengan watak masing-masing. Terima kasih pada Mamat Khalid sebab ini pertama kali aku lihat Saiful Apek 'berlakon' dan ia memang berkesan. Aku teringat bila Jim Carrey mula berlakon filem drama, wow sungguh hebat dan itulah Apek dalam Rock Oo! walaupun hanya sekejap.

Detail memang berjaya menghidupkan zaman 80an. Komik gelihati, majalah URTV, jamming studio dan lain-lain berjaya menghidupkan elemen-elemen penting dalam industri rock pada zaman tu.

Rock Oo! berjaya buat aku ketawa, senyum, layan lagu dan hampir bergenang airmata yang tak dapat kita lihat dalam Rock! pertama dulu. Kenapa? Lu tengok dulu la baru tau. Tak rugi baii....


kredit gambar Buah Mulut dot com

No comments:

Post a Comment

Paling Popular