Tuesday, April 3, 2012

Bila Joyah Masuk TV



Joyah (40) menjadi janda kerana mulutnya asyik membebel. Dia diceraikan oleh suaminya Daud Botak (50). Ada dua orang anaknya iaitu Syak (19) dan Comel (18). Dialah yang menjaga anak-anaknya. Joyah menjual kerepek ubi secara paket-paket untuk diedarkan di seluruh kampung. Dengan bantuan anaknya yang celik IT dia juga menjual online.



Pada suatu hari, sebuah krew pengambaran TV SWASTA menjalankan pengambaran telemovie ‘Syurga Di Hati, Neraka Di Jauhi’ yang bercorak islamik. Ketika itulah Joyah menyibukkan diri. Disebabkan penerbit mahu membayar pelakon murah, mereka mengambil Joyah menjadi pelakon. Joyah melakonkan watak ibu tiri yang kejam dan zalim. Joyah bangga menjadi pelakon dalam kampungnya


2 MINGGU KEMUDIAN…

Telemovie ‘Syurga Di Hati, Neraka Dijauhi’ mula ditayangkan di TV SWASTA. Di kampung, orang kampung teruja melihat lakonan Joyah yang mantap sama hebat seperti Fauziah Nawi dan Wan Maimunah. Lakonan Joyah begitu berkesan.Ramai yang menangis air mata. Esoknya, laporan akhbar positif memuji kehebatan telemovie itu dan tertanya-tanya siapakah pelakon yang hebat itu? Wartawan mula mahu menemubual Joyah. Ketika ini juga, berita positif dari TV SWASTA bahawa rating telemovie ‘Syurga Di Hati, Neraka Dijauhi’ memecah rekod mencapai rating 2 juta penonton. Komen dari lama sosial memuji lakonan Joyah yang mantap. Pihak stesen tv meminta penerbit menyambung telemovie itu menjadi ‘Syurga Di Hati Neraka Dijahui The Series’. Apa kesudahannya?


Saksikan Bila Joyah Masuk TV pada 11 April ini jam 8.30 malam di TV 9


Tarikh : 11 April 2012
Genre : Komedi
Studio : Z K Creative Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Jasmine Hamid, Bell Ngasri, Dottie, Kaza, Hamid Gurkha, Aziz Satar, Amran Tompel, Norman Hakim, Memey Suhaiza...
Arahan : Nazir Jamaludin
Ditulis oleh : MF Kencana
Terbitan : Zaini Kosnin & Puan Sri Sabariah Mohd Shariff
Facebook Joyah





No comments:

Post a Comment

Paling Popular