Thursday, April 5, 2012

Bola Kampung The Movie



Syarikat tempatan, Animasia Studio sudah bersedia memperkenalkan filem animasi 3D kedua negara iaitu Bola Kampung The Movie yang akan dikeluarkan hujung tahun ini.

Animasia telah membelanjakan kira-kira RM6 juta bagi membiayai proses pembikinan serta pemasaran yang menggunakan lebih 13 suara selebriti terkenal negara ini setelah membelanjakan kira-kira RM6 juta untuk pembikinannya.



MD Animasia, Edmund Chan berkata filem tersebut adalah kesinambungan siri animasi Bola Kampung yang menemui penonton sebanyak 78 episod sebelum dihentikan dua tahun lalu.

Bola Kampung The Movie juga bakal dipasarkan ke luar negara dengan tiga negara rantau ini sudah mengesahkan perbincagan termasuk Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Siri kartun Bola Kampung setakat ini telah ditonton di 16 buah negara seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam dan Turki. Tayangan itu amat meluas selepas saluran kartun Disney Channel dan Cartoon Asia Network turut menyiarkan di saluran mereka.

Sebelum ini, Animasia telah mengeluarkan beberapa siri animasi lain termasuk Asian Folklores, ABC Monsters, Supa Strikas dan Balla Bawls yang disiarkan di saluran televisyen antarabangsa.

Bola Kampung The Movie bakal menggunakan suara selebriti seperti Deanna Yusoff, Mamat Sepah, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Baki Zainal, Douglas Lim, Aizat Amdan, Aznil Hj Nawawi dan ramai lagi.

Sinopsis : Bola Kampung The Movie mengisahkan mengenai Amanda, seorang puteri dunia permainan maya 'Kingdom Hill' dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari wira lagenda, 'Suria Warrior' yang mampu menyelamatkan negaranya daripada peperangan. Setibanya dia dikampung itu, Puteri Amanda telah hilang ingatan dan wira Bola Kampung iaitu Iwan telah menyelamatkannya dan dari situ pelbagai peristiwa menarik telah berlaku

Laman Web Bola Kampung Movie


No comments:

Post a Comment

Paling Popular