Thursday, April 5, 2012
Konsistensi Pengharaman? Di Mana Pegangan Kita
Hari ini kita digemparkan lagi oleh satu isu pengharaman terhadap artis dari luar. Kali ini dari Singapore Dance Theatre di mana mereka dijangka akan pentaskan sebuah ballet bertajuk "Ballet Illuminations" bertempat di KLPAC pada 6 dan 7 April ini.
Dalam isu yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider bertajuk "KL bans Singapore ballet for ‘indecent’ tutus and tights" pada 4 April, Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik (Kebudayaan) memberi kenyataan bahawa Merujuk kepada artikel bertajukThe Ban on Singapore Dance Theatre oleh Bilqis Hijjas dan KL Bans Singapore Ballet For ‘Indecent’ Tutus and Tights oleh Yow Hong Chieh yang disiarkan dalam portal The Malaysian Insider, pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mendapati kenyataan bahawa permohonan persembahan ballet telah ditolak oleh Jawatankuasa PUSPAL, KPKKadalah tidak berasas dan tidak tepat. Ini kerana permohonan untuk mengadakan persembahan ballet berkenaan baru sahaja dikemukakan oleh Encik Tan Hong Lit yang mewakili The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) di kaunter PUSPAL di Kompleks KPKK, Putrajaya pada hari ini, 5 April 2012 jam 12.30 tengah hari.
Jadi jika di lihat dari sudut Puspal, ini bermakna pihak KLPAC dan SDT yang bersalah kerana tidak mengemukakan permit lebih awal. Namun Penerbit Eksekutif dan pengasas bersama KLPAC Datuk Faridah Merican mengesahkan yang permohonan permit persembahan telah dihantar pada 7 Mac lalu secara peribadi ke Puspal oleh Pengurus Produksi KLPAC Freddy Tan.
Tambah Tan, permohonan itu ditolak kerana dua sebab, pakaian dan artis dari luar.
"Ini adalah yang paling luar biasa kerana kami telah memohon untuk persembahan oleh Dance Theatre Singapura dua kali sebelumnya dan kedua-dua telah diluluskan," kata Faridah.
"Malah, kami sentiasa merasakan PUSPAL yang paling membantu dan memahami."
Adalah dipercayai bahawa dua sebab yang diberikan oleh PUSPAL itu tidak disampaikan secara terperinci kepada Tan.
Jadi siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah ini satu salah faham atau sikap dwi standard Puspal dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) terhadap persembahan artis dari luar?
Baacak! bukan mahu menyokong mana-mana pihak apa lagi menyentuh isu pembatalan ini. Apa yang ingin di sentuh di sini ialah konsistensi kita terhadap persembahan dari luar berbanding persembahan artis tempatan dan di mana pegangan kita.
Febuari lepas Puspal telah membatalkan konsert penyanyi R&B Erykah Badu yang tiba-tiba menjadi bualan hangat media tempatan apabila akhbar The Star memaparkan gambar beliau dengan tattoo atau lebih kepada body art kalimah Allah di dadanya. Tetapi dalam masa yang sama tidak pula membatalkan konsert LMFAO yang kalau dilihat pada klip videonya lebih ranggi dan lucah dari segi visual.
Dan kalau TheStar tidak memaparkan gambar Erykah Badu dgn kalimah Allah itu, beliau akan dengan senang membuat persembahan kerana tidak ramai yang tahu sipa Erykah Badu kecuali peminat-peminat beliau.
Bagi Baacak!, jika kita mahu membatalkan atau mengharamkan sesuatu persembahan, biarlah dilihat dari pelbagai sudut dan perbincangan. Paling penting konsistensi. Jika alasan pemakaian dan artis dari luar punca pengharaman persembahan ballet ini, bermakna semua kelas ballet haruslah ditutup (yang banyak dipelajari juga oleh anak-anak Melayu Islam terutama golongan korporat) dan artis dari luar tidak harus dibawa masuk kerana kita membincangkan tentang konsistensi terhadap sesuatu persembahan.
Persembahan ballet dan artis juga program luar ditelevisyen juga harus dihentikan kerana ia boleh dilihat secara umum oleh semua rakyat secara percuma berbeza dengan sesuatu persembahan yang ditonton secara tertutup dengan harus membeli tiket terlebih dahulu.
Di sini akan menghadkan jumlah penonton kerana tiket yang dijual dan terhad kepada kelompok penonton yang ada sahaja. Perkara ini telah lama dibincangkan namun masih tiada garis panduan yang tepat terhadap persembahan artis luar. Ia kadangkala dilihat sebagai dwi standard bila Mariah Carey yang juga pernah bergambar seksi tetapi di benarkan membuat persembahan bila mematuhi etika pakaian.
Adakah ini bermakna seteruk mana pun artis dari luar itu, mereka dibenarkan membuat persembahan asalkan memenuhi syarat pemakaian sopan? Adakah dengan satu persembahan ballet (yang telah terbiasa dengan pemakaiannya) boleh merosakkan nilai murni rakyat Malaysia yang berbilang kaum? Saya rasa seorang Islam sejati masih boleh memilih untuk tidak menonton persembahan yang dirasakan menjolok mata dan membiarkan rakan-rakan berlainan bangsa dan agama menikmati persembahan tersebut.
Apa yang ingin di tekankan di sini ialah soal konsistensi dan pilihan. Adakah kita sanggup membiarkanrakan kita yang bukan berbangsa Melayu dan Islam 'berputih mata' kerana tidak dapat menonton sesuatu persembahan walau telah membeli tiket dan dibuat di premis individu secara tertutup hanya kerana kita Melayu Islam tidak tahan dengan godaan pakaian penari ballet yang sedia ada? Tepuk dada, tanya akal dan pemikiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Popular
-
Baacak sempat bertemu dengan Ajieb yang lebih dikenali melalui Apa Kata Murai di Astro sebelum ini. Kami berbual tentang pengalamannya di Ko...
-
Teaser | Lembut Bukan Lelaki from nadiah hamzah on Vimeo . LEMBUT BUKAN LELAKI mengisahkan tentang seorang gadis yang kasar perlakuan ...
-
Joyah (40) menjadi janda kerana mulutnya asyik membebel. Dia diceraikan oleh suaminya Daud Botak (50). Ada dua orang anaknya iaitu Syak ...
No comments:
Post a Comment