Sunday, April 1, 2012

Jiwa Taiko


JIWA TAIKO adalah sebuah cerita tentang anak muda, dan Osman mempersembahkan cerita ini dengan aksi silat dan stunt yang mengejutkan!



Kesalahannya membawa dia ke penjara!, tetapi bagi Firman ia satu titik permulaan ke arah haluan hidup yang baru. Seperti gadis yang ingin dicintai, Trisya juga begitu tapi apabila cinta menemuinya barulah dia sedar erti cinta yang sebenar. Freez! Dia hanya memikirkan tentang kegembiraan dan berkongsi kegembiraan itu dengan kawan-kawannya. Dan Lara, jiwanya bebas dan dia mahu hidup berdikari. JIWA TAIKO menerokai makna persahabatan dan cinta yang sering disalah erti.
4 watak ini bertemu di WIRA CINTA; sebuah kelab dimana mereka dan kawan-kawan yang lain memperlajari ilmu persilatan. Dan di sana juga mereka menemui siapa diri mereka yang sebenar. Kelab itu dimiliki oleh Kak Pora yang merupakan seorang yang memahami jiwa remaja seperti mereka.
Kemunculan Pinto, sahabat baik firman masa lalu kini mencabarnya. Pulang ke tempat asal; ke jalan yang gelap atau dia akan dimusuhi Pinto selamanya!

Osman Ali pengarah hebat Ombak Rindu ini dulu pernah mengarahkan filem Anak Halal yang juga berkisar tentang kisah anak muda masakini.

Pelakon : Remy Ishak, Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Bront Palarae, Fizz Fairuz, Mislina Mustafa dan ramai lagi pendatang baru.
Pengarah : Osman Ali
Terbitan : Nuansa Sdn Bhd
Facebook : http://www.facebook.com/OfficialJiwaTaiko


No comments:

Post a Comment

Paling Popular