Monday, November 11, 2013

Ahmad Busu meninggal dunia di Hospital Klang


Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit strok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang selepas Maghrib pada Ahad.

Allahyarham dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Berita kematian beliau tersebar twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

Di dalam budaya pop Malaysia sendiri Allahyarham adalah individu yang mempopularkan frasa "Mengancam!" yang cukup popular di era 1990an hingga kini bagi menggambarkan kecantikan.



Memang takde sapa nafikan kehebatan Ahmad Busu yang memang popular sebagai Mat Deris dalam Pi Ma Tang Tu. Lawaknya bersahaja. Selain itu beliau juga merupakan pelakon serius yang hebat tetapi jarang ditonjolkan.

Komen Sabri Yunus atau Wan Ismail Golok - Sahabat saya pelakon Ahmad Busu baru sahaja kembali ke rahmatullah. ..di hospital tengku ampuan rahimah kelang..alfatihah utknya..semoga almarhum diterima disisi yg disayangi Allah..sabar dan redha utk anggota keluarga. .

Imuda yang terlalu bersedih tidak dapat menuturkan kata-kata. Hanya isterinya yang memberi komen Alfatihah buat sahabat karib hubby abg mat busu a.k.a mat deris..atas pemergiannya sebentar tadi..sgt sedih..suami sgt2 terasa atas kehilangan sabahat karibnya kerana telah lbh 30 tahun menjadi sahabat..masih ingat pemintaan terakhir abg mat masa bertemu baru2 ini selepas raya meminta saya membawa kuih raya dr rumah mak di penang ke rumahnya di klang utk sambut hari raya bersama..abg mat akan selalu di ingatan.. alfatihah..semoga Mohd Afiq Ahmad dan keluarga tabah.

Moga Allahyarham bersama orang2 mukmin yang hebat.

kredit berita : astro awani
kredit gambar - utusan

No comments:

Post a Comment

Paling Popular