Siapa tidak mengenali band lagenda dari US ini? Gun N Roses Bakal Beraksi di Konsert F1 Malaysia 2013! Pasti peminat setia mereka tidak senang duduk dengan berita ini dan inilah peluang mereka untuk melihat Guns N’ Roses apabila dapat menyaksikan idola mereka beraksi di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 Mac 2013, sejurus selepas tamat perlumbaan F1.
Perkara tersebut telah diumumkan sewaktu pelancaran F1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013 oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek yang berlangsung di Esplanade KLCC.
Para peminat boleh menyaksikan secara live pemuzik-pemuzik Rock lagenda dunia ini dengan cara membeli tiket zon Granstand perlumbaan F1.
Bagi mendapatkan tiket Konsert F1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013, para peminat bolehlah membeli tiket menerusi online dengan melayari www.sepangcircuit.com.
Lineup Guns N’ Roses mungkin sedikit tidak lengkap tanpa kehadiran gitaris lagenda mereka, Slash. Jadi, apa kata anda? Sweet Child O’ Mine Baby!
No comments:
Post a Comment