Thursday, July 12, 2012
Zaiton 'Ceritaku'
Ini satu lagi filem yang bakal ditayangkan pada November nanti. Aku tak pernah lagi tonton mana-mana drama arahan Esma Daniel. Tapi melihatkan pada teasernya, aku gambarkan ia bakal menjadi epik kalau tak sebuah biografi yang baik.
Zaiton Sameon satu nama yang pernah menjadi sebutan satu ketika dahulu. Penyanyi yang sensasi dengan lagu Menaruh Harapan ini pernah berada di puncak kegemilangan sebelum beliau mengalami kemalangan ngeri pada tahun 1990 yang menjatuhkan populariti beliau dan juga mengakibatkan kematian anaknya Irwan.
Filem Zaiton Ceritaku diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les’Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula.
Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon.
Filem sulung arahan Esma Daniel yang juga merupakan pengarah eksekutif Bruang Filem Sdn Bhd bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya.
Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan.
Dilakonkan oleh Nadia Aqilah sebagai 'Kak Eton' aku harap filem ini akan mendapat sambutan yang baik. Tahniah Esma Daniel atas usaha beliau dan krew. Bagus atau tidak, sama-sama kita saksikan nanti di pawagam November ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paling Popular
-
Baacak sempat bertemu dengan Ajieb yang lebih dikenali melalui Apa Kata Murai di Astro sebelum ini. Kami berbual tentang pengalamannya di Ko...
-
Teaser | Lembut Bukan Lelaki from nadiah hamzah on Vimeo . LEMBUT BUKAN LELAKI mengisahkan tentang seorang gadis yang kasar perlakuan ...
-
Joyah (40) menjadi janda kerana mulutnya asyik membebel. Dia diceraikan oleh suaminya Daud Botak (50). Ada dua orang anaknya iaitu Syak ...
No comments:
Post a Comment