Ia mengambil masa 100 tahun untuk epic saga Edgar Rice Burrough ‘Barsoom' untuk keluar ke layar lebar. Ia ialah sebuah adaptasi yang besar dengan bajet yang dikatakan sekitar AS $250 juta. Arahan Andrew Stanton ini benar-benar filem yang menyeronokkan, sains fiksyen abad ke-21. Ya, ia adalah sebuah filem yang baik, besar dalam konsep dan besar dalam pelaksanaannya. Dan oh ya, saya tipu tentang semua tu. Nanti saya ulas ya :)
Barsoom berada di kancah peperangan antara Zodangans dengan penduduk lebih aman Helium. Sab Than (Dominic Barat) mengetuai Zodangans, dengan bantuan rahsia Matai Shang (Mark Strong) seorang Therns yang dengki, manakala Raja Tardos Mors (Ciaran Hinds) mengetuai Heliumites. Anak perempuannya, Dejah Thoris (Lynn Collins) tidak sukakan peperangan itu dan seterusnya melibat Carter ke dalam pertempuran itu bila pertama kali Carter melihat Dejah.
'John Carter' (nama asalnya: 'John Carter of Mars') adalah sebuah cerita cinta tentang seorang lelaki mencari misinya dalam kehidupan.
Aku memang sukakan Andrew Stanton. Dia orang lama dengan Disney. Filem yang paling aku suka ialah Bug's Life dimana Stanton sebagai penulis dan penolong pengarah. Filem itu memang indah dan penuh emosi bagi aku. Dan yang lain ialah cerita ikan kiut Finding Nemo dan Wall-E. Ini adalah filem-filem yang mengangkat beliau.
Aku tak letakkan harapan tinggi bila tengok filem ni. Aku cuma bersedia dengan filem Disney yang tipikal. Sangkaan aku tepat. Ya, filem ni memang enjoy. Aku ketawa dengan komedi yang ada. Aku jugak teruja dengan aksi, pengembaraan dan teknik CGI dalam filem ni. Memang nampak real. Period.
Namun bila melihat storytellingnya, aku lesu. Ni cerita sambungan Avatar ke apa? Tak payah la aku ulas panjang. Filem ni mampu menaikkan nafsu kanak-kanak yang menonton (tapi kena 13 tahun ke atas ye...ayoo). Menonton John Carter selepas melihat Bunohan buatkan aku rasa 'tunggu layan DVD pun dah cukup'. Kalau korang cari keriangan gaya Disney korang takkan kecewa, tapi kalau korang harapkan jalan cerita yang lebih bijak (ketepikan logik), layan Astro Movies jelah :)
No comments:
Post a Comment