Mania mana? Apa dia? Mania apa kebenda? Selepas ni mungkin aku akan dibenci. Lebih-lebih lagi bagi peminat fanatik Mania dan bekas peminat AF :). Mintak maaf kalau aku cakap Mania lebih kepada indah khabar dari rupa je (bagi aku. Bagi kau mungkin ni acara paling hebat dalam sejarah).
Mani melibatkan artis-artis dan band yang sudah pun popular dan mencipta nama dipersada muzik negara.
Rancangan realiti Mania! telah disiarkan di Astro Ria bermula pada 17 Mac 2012 dan Aznil Hj. Nawawi dipilih menjadi pengacara bagi Mania! 2012.
Manakala Mentor bagi artis yang menyertai Mania! terdiri daripada komposer dan penyanyi popular Indonesia, Ahmad Dhani dari Dewa 19, Datuk M. Nasir dan Aubrey Suwito.
Mania! merupakan program seumpamanya yang menampilkan barisan artis popular berentap dan beradu kuasa di satu pentas dengan mengambil tiga orang pemuzik handalan sebagai mentor.
Pihak Astro telah menyenaraikan ramai nama-nama besar dan popular tetapi, kebanyakan daripada mereka tidak dapat menyertainya. Hadiah JUARA MANIA! MUSIM PERTAMA bakal menerima wang sebanyak RM500,00.
Program realiti Mania akan menggunakan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) 100 peratus untuk proses penyingkiran dan penentuan juara.
Mania! yang akan bermula pada 17 Mac ini akan menyaksikan Ahmad Dhani, M. Nasir dan Aubrey memilih empat penyanyi di bawah bimbingan mereka dalam satu format pemilihan yang akan ditentukan nanti.
Setiap minggu, penyanyi ini akan bertanding melagukan setiap karya yang telah digubah susunan muziknya oleh ketiga-tiga penerbit ini selain lagu-lagu baru yang akan didendangkan.
Namun begitu, Mania! turut memperkenalkan Hot Seat yang akan menyerapkan tiga penyanyi lagi di mana undian dilakukan secara dalam talian menjadikan jumlah peserta Mania! seramai 15 orang.
Untuk memilih tiga orang penyanyi itu, seramai 20 orang calon sudah dikenal pasti dan apa yang perlu dilakukan, peminat perlulah mengundi peserta yang dirasakan layak untuk mengisi tiga kekosongan itu.
Artis yang terpilih itu terdiri daripada bekas peserta program realiti seperti Akademi Fantasia dan Mentor.
Faham?! Bagi aku Mania ni lebih kepada gabungan rancangan Akademi fantasia, The Voice dan Mentor. Bermula dengan M.Nasir, keterujaan aku bertambah bila Ahmad Dhani dan Aubrey pun jadi mentor. Wah ini sudah bagus.
Tapi sebagai produksi yang bakal melahirkan superstar, ia telah gagal di awal konsert pertama lagi. Kenapa?
1. Artis dah dipilih awal-awal oleh mentor dan keterujaan untuk mengetahui siapa jadi protege siapa dah padam walaupun keputusannya di umukan selepas nyanyian artis tersebut.
2. Set - Alamak derr..siapa yang buat set ni memang aku nak lempang sorang-sorang. Kau ingat lampu kaler-kaler atas bawah macam funfair dengan lantai transparent tu dah cukup bersinar ke? Tolong la jangan silaukan mata aku dengan lighting macam esok nak sambut raya atau deepavali.
Sekurang-kurangnya set Dari Studio 1 atau Akademi Fantasia jauh nampak lebih 'kena'. Mungkin masa konsert bertanding nanti set akan bertukar? Aku harap ya. Kalau tidak aku akan bunuh diri depan Pak Nil.
3. Sound - Lu pekak ke derr? Tak dengar ke bunyi macam tong drum. Kelepek-kelepek macam tahi lembut bersepah...Mungkin di studio bunyi sedap. Tapi di TV, sorry bai!
4. Sofa - Tolong la...sofa ala-ala futuristik ni cukup buat mata aku tak senang. Nampak sangat tak selesa dan rekabentuk tinggi tak sekata tu memang hebat (yang ado...)
5. Mania - Mana manianya? Mania boleh dikategorikan sebagai demam. Aku tak nampak pun demam penonton pada konsert ni. Mungkin live telecast dari luar atau twitter update selari dengan konsert ni akan membantu keterujaan aku memuncak.
6. Produksi - Walaupun dah di promosikan lama dan bakal menggantikan AF, bak kata Pak Nil akan mengubah senario muzik malaysia...mintak maaf Pak Nil, aku tak dapat bersetuju dengan dirimu sebab produksi nampak sangat dibuat tergesa-gesa.
7. Konsert - Konsert sulung ini patut mantap dan mampu menggegar namun ia nampak biasa-biasa je. Pak Nil seperti biasa tetap vogue.
8. Ebi - Apa yang kau buat terkinja-kinja macam kena belacan ni? Lagu we will rock you dari Queen di harap dapat memberi impak penutup ternyata satu bahan lawak je bagi aku. Lagu ni perlu vocal character yang kuat dan hebat dan bukan sekadar menyanyi hingga mencapai not saja. Gula berlebihan yang diambil Ebi bercampur sindrom 'dah lama tak keluar tv' membuatkan persembahannya jadi kelam kabut.
terima kasih Ebi. Kau telah mengesahkan yang aku takkan ternanti-nantikan konsert Mania kedua dan seterusnya. Period.
No comments:
Post a Comment