Wednesday, March 28, 2012

Malaysia Global March to Jerusalem

Facebook GMJ
Website GMJ


Ramai yang tahu dan ramai juga yang tidak tahu. Ramai juga yang pernah dengar2 dan ramai juga yang tak pernah dengar2. Perhatikan poster di atas. Ini ialah GMJ malaysia. GMJ yang kita cakap neh melibatkan seluruh negara yang mahu palestine dan keseluruhan jerusalem dikembalikan semula kepada yang berhak.
Ingatlah, kita tidak membenci israel kerana dia israel. Kita tidak membenci yahudi, kerana mereka yahudi. Kita tidak akan membenci satu2 individu atas sebab bangsa ataupun warna kulit tetapi kita benci atas sebab sikap.

Super Safee

Facebook Komik M
Website Komik M

Creativity & The Spiritual Path 2012



Creativity & The Spiritual Path 2012 ialah satu perhimpunan perbualan, dengan niat untuk memudahkan dialog mengenai topik-topik yang berkaitan dengan Artis, Pereka, Pemuzik, Pengarah, Penulis, Pemikir dan individu Kreatif yang berkongsi kepentingan bersama dalam Kerohanian dan Islam. Objektif ini dicapai melalui beberapa siri peristiwa yang bertujuan untuk memupuk dan menanam kreativiti di kalangan umat Islam di seluruh dunia berterusan. Mereka telah membantu untuk mempamerkan kedua-dua profesional yang berpengalaman dan bakat yang semakin meningkat di seluruh spektrum disiplin kreatif dalam masyarakat Islam global, menawarkan peluang yang unik untuk belajar, berkongsi dan menyambung dari dan antara satu sama lain.

Creativity & The Spiritual Path 2012 (CSPKL) Kuala Lumpur akan diadakan pada Sabtu April 7 & 8, 2012 di Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM) dan Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama acara ini yang dianjurkan di Asia.


Wednesday, March 21, 2012

Book Binding Workshop


Web http://littlesyam.my/
Facebook http://www.facebook.com/littlesyamdesign
Workshop http://little-syam.blogspot.com/p/book-binding-workshop.html

Forum Fotografi - Antara Tamadun, Budaya & Pemikiran



Tarikh: 14 April 2012
Masa: 2.00 - 6.00 Petang (Pendaftaran 1.30 tgh hari)
Tempat: Auditorium Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM | Shah Alam

Moderator: Mohammad Naim Firdaus| Setiausaha MPPA
Ahli Panel: Dr. Mustaffa Halabi| Dekan Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka
Dr. Nik Mohammad Azli Nik Ariffin| Exco Majlis Belia Negeri Perak
Mohd Hazli 'Bobo' Hassan| Penolong Pengarang Berita, Utusan Online
Shamshahrin Shamsudin| Jurugambar Agensi Antarabangsa (Presiden EXPOSE)
Mohd Azlan Mam| Artis Seni Halus (Fotografi)


Arts for Grabs March 2012 - Colourful Assembly!

Jangan lupa datang Sabtu dan Ahad ini di Annexe Gallery, Pasar Seni untuk meraikan Himpunan Penuh Warna. Terdapat bermacam acara dan semesti hasil seni untuk dimiliki.

Antaranya pelancaran buku FIXI dan 3 filem pendek, forum Other Ways To Save Malaysia, pelnacaran buku Sperma Cinta 2.0, tayangan filem The Singing Revolution dan pelancaran buku King of The Sea oleh Dina Zaman.

Jangan lupa janji anda hujung minggu ini.

Web : Annexe Gallery
Facebook Art for Grabs

Hoore Hoore


Filem muzikal Hoore! Hoore! Filem ini dibuat khas bagi memperingati pemergian 20 tahun Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad. Kesemua lagu-lagu yang diambil bagi melatari filem ini adalah hasil daripada nyanyian Penghibur no.1 Asia ini

Tersesat Di Siang Hari



oleh Hassan Muthalib melalui GUA


Email berikut dikirimkan kepada GUA oleh pengkritik filem terkenal, Hassan Muthalib, Karyawan Tamu di UITM merujuk kepada artikel BUNOHAN – KETEPIKAN SOSIOBUDAYA & BERPECAH BELAH yang telah disiarkan di sebuah portal berita hiburan pada Mac 17, 2012.

Inilah masalahnya apabila orang yang buat kritikan bukan bercakap pasal TEKS (iaitu, benda-benda yang berada dalam sesuatu filem), tetapi sebaliknya bercakap DI LUAR TEKS (perkara-perkara yang tidak berada dalam filem). Bila kita bercakap mengenai sesebuah filem, cakap hanya tentang apa yang dipaparkan dan samada ia dibina dengan berkesan atau tidak berdasarkan naratif, dan paling penting, bersandarkan NAWAITU (subteks) pengarahnya. Untuk ini, lihatlah kepada CINEMATIC REPRESENTATION dan bukan dari aspek ugama, sosiologi, komunikasi atau pun antropologi, Itu namanya sudah sesat jalan!


Mania Apa?


Mania mana? Apa dia? Mania apa kebenda? Selepas ni mungkin aku akan dibenci. Lebih-lebih lagi bagi peminat fanatik Mania dan bekas peminat AF :). Mintak maaf kalau aku cakap Mania lebih kepada indah khabar dari rupa je (bagi aku. Bagi kau mungkin ni acara paling hebat dalam sejarah).

Monday, March 19, 2012

John Carter - Sebuah Epik Lemah



Ia mengambil masa 100 tahun untuk epic saga Edgar Rice Burrough ‘Barsoom' untuk keluar ke layar lebar. Ia ialah sebuah adaptasi yang besar dengan bajet yang dikatakan sekitar AS $250 juta. Arahan Andrew Stanton ini benar-benar filem yang menyeronokkan, sains fiksyen abad ke-21. Ya, ia adalah sebuah filem yang baik, besar dalam konsep dan besar dalam pelaksanaannya. Dan oh ya, saya tipu tentang semua tu. Nanti saya ulas ya :)


Thursday, March 15, 2012

The Cranberries LIVE IN MALAYSIA 2012



The Cranberries telah kembali! Kumpulan berasal dari Ireland ini dengan teraju utamanya Dolores O'Riordan, yang menyemarakkan carta selama lebih sedekad dengan CV mengesankan itu kembali dengan World Tour! Kumpulan ini akan memulakan tour di Malaysia pada 4 April, Stadium Negara, 8:30 malam.

Seni dan Politik - Adakah Seni Itu Politikal?


oleh Ili

Aku ada membaca artikal yang menarik yang aku mau berkongsi bersama.Dalam penulisan esei Mark Vallen, Why all art political, beliau membincangkan tentang seni dan politik . Jika sebelum ini, penulisan aku menyentuh tentang seni itu melibatkan pengalaman yang tidak lepas dari kritik sosial, kali ini, aku akan berkongsi tentang sebuah penulisan oleh M.Vallen ini tentang seni dan politik. Walaupun konteks perbincangan ini adalah di Amerika, tetapi aku rasa adalah menarik untuk kita kongsi dan dipikirkan bersama secara lebih kritikal dalam konteks untuk membangunkan dan mewarnakan lagi seni di sini.

Seni itu politik? Kenapa?

Dalam penulisan Mark Vallen- Oct 2004, pada Jun 2004 The New York Foundation for the Arts telah menjalankan survey online untuk melihat pendapat orang ramai berkenaan “seni politik”. Dari 3000 yang terlibat memberi respon, sebanyak 69% merespon “seni yang berunsur politik itu membosankan” 4% berpendapat bahawa “politik tidak harus terlibat dengan seni” dan 27% menghargai “seni politik”

Tetapi apa itu “seni politik” dan siapakah yang mengiktirafkannya?


Ahli Sufi Inspirasi lagu Pekin


Oleh ABD. AZIZ ITAR, UTUSAN MALAYSIA

PEKIN Ibrahim bukan setakat dikenali sebagai pelakon drama malah dia yang akan muncul dalam filem terbaru berjudul Bunohan juga seorang penyanyi berbakat. Selain menyanyi, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, merupakan penyanyi kumpulan Seven Words yang pernah muncul dengan album pertama berjudul TraGD Realiti pada tahun 2002. Selepas 9 tahun album terbitan Life Records itu diterbitkan, kumpulan itu jelas Pekin akan kembali lagi dengan album single mengandungi lima lagu terbarunya yang bertemakan ketuhanan.

Pelita Hati-Urban Art


Urban art 08/03/2012 till 31/03/2012. The exhibition launch is on Saturday, 10th March 2012 at 5.30pm.
The exhibition coming in March 2012 is about varieties of art style that relates to cities and city life. It will showcase artworks done by artists who live in or have a passion for city life. To summarize it all it is about visual art forms arising in urban areas and is inspired by urban architecture or thematising urban life style.

More info on Facebook & Website

lagi gambar-gambar di sini

Cromok Reunion : Thrashing Kuala Lumpur


Bagi peminat Otai Rock & Trash, jangan lupa saksikan Cromok
8 April 2012
KL, Live Jalan Sultan Ismail

Tempahan tiket sila ke Ticketpro

Maskara - Makwe-Makwe



Maskara datang lagi! Kali ini dengan "Makwe-Makwe" yang kita suka. Ada puisi, ada muzik, ada buku, ada nasi lemak, ada sirap dan ada macam-macam lagi. Dan dijamin semua yang membuat persembahan adalah makwe-makwe belaka! Samada makwe orang atau bukan, tu kena tanya Naga...ha ha ha

p/s: Mungkin akan ada kejutan daripada "makwe" yang tiada dalam senarai poster ini. Kita tunggu...

Wednesday, March 14, 2012

Workshop - Amri G Lighting & Editing


PHOTO WORKSHOP WITH AMRI G.
AT PHOTOSMITH JITRA, KEDAH
Day 1-Lighting. Day 2-Editing. 21-22 APRIL 2012
for more details call: 0125700069 (Rifdi) or 0134218454 (Saiful) 

Afdlin Memang Berani Punya Budak



Pengarah : Afdlin Shauki
Syarikat Penerbit : Vision Works (M) Sdn Bhd
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi, Komedi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 26 April 2012
Format : 35mm

Berani Punya Budak merupakan filem versi bahasa Melayu untuk filem Thailand Brave yang turut menampilkan Afdlin Shauki dan Awie sebagai pelakon watak utamanya.

YUNA - Calon Nickelodeon Kids’ Choice Awards!

Yuna telah dicalonkan sebagai  “Favorite Asian Act” di Anugerah Pilihan Tahunan ke 25 Nickelodeon Kids '! Beliau muncul dalam kategori bersama artis Agnes Monica dari Indonesia, Charice dari Filipina, dan Wonder Girls dari Korea. Rancangan ini akan dihoskan oleh Will Smith pada 31 Mac, 2012, jam 8 malam dan ke udara secara lansung dari USC Galen Center di Los Angeles. Peminat boleh MENGUNDI UNTUK Yuna di Facebook dan laman web Nickelodeon!

Walaupun ini hanyalah anugerah untuk kanak-kanak, namun ia satu batu lonjakan buat YUNA lebih menyerlah di persada antarabangsa. Jom undi!

Info Yuna Music

Tuesday, March 13, 2012

Fuyoh Art Bazar


Untuk semua art lovers, mari meriahkan!

Join us at F.A.B.! Fuyoh Art Bazaar - Publika's first Sunday arts and crafts bazaar at Art Row.

F.A.B.| Sunday | 18 March | 10:00am to 8:00pm 
Art Row @ Publika

There will be buskers, ukelele group, old-time food favourites and all things made with love! Early birds can enjoy Wheelie Sundays - Publika closes its inner streets to motor vehicles and rents bicycles and tricycles for free.

Rushing Out From The City



Aku bersyukur pada petang itu (12 oktober 2011) kerana di berikan peluang olehNya untuk merakamkan matahari terbenam yang sungguh indah. sebanyak 132 imej berjaya dirakamkan pada hari itu dengan komposisi dan bukaan lensa yang bercampur-campur. ini adalah hasil vertorama dengan talaan lensa 17-40mm pada bukaan 40mm. saja mencuba komposisi sedikit berlainan kerana kita sudah biasa dihidangkan dengan bukaan wide angle 10mm, 11mm dan sebagainya. semenjak dirakamkan pada tahun lepas, ianya dibiarkan begitu saja didalam cakera keras menanti masa untuk diproses. kesian kan?

Jangan Ambil Padang Kami



Its a simple story about 7 complicated kids who long for a sense of belonging and we day by day take them for granted in our lives. The 7 kids are the kids beside you now.They are not asking the moon and the stars from you, they just want you to LISTEN." - Saniboey Mohd Ismail

Jangan Ambil Padang Kami mengisahkan perjuangan/pengembaraan hidup 7 orang kanak-kanak untuk menyelamatkan sebuah padang bola di kawasan flat mereka daripada dibangunkan oleh peneroka.

Lembut Bukan Lelaki


Teaser | Lembut Bukan Lelaki from nadiah hamzah on Vimeo.


LEMBUT BUKAN LELAKI mengisahkan tentang seorang gadis yang kasar perlakuan harus membuat pilihan antara untuk meneruskan pelajaran ke Universiti atau menggalas tugas bapanya turun ke laut menjadi nelayan, selepas kematian bapa. Dapatkah seorang wanita menjadi nelayan?

Dalam masa yang sama - kisah cinta Lembut bersama Amin akan dirungkai - seorang berbadan besar, tidak tahu membaca dan rendah pemikiran sanggup berkorban demi sebuah cinta.

Sunday, March 11, 2012

Tim Burton's Dark Shadows


Kisah Gothic seram berpusat pada kehidupan vampire Barnabas Collins dengan pelbagai raksasa, ahli-ahli sihir, werewolves dan hantu. Berdasarkan siri TV.

Dibintangi oleh Johnny Depp, Michelle Pfeiffer, Eva Green, Helena Bonham Carter dan Jonny Lee Miller.
Burton juga telah mengeluarkan satu sinopsis filem untuk mengisi rasa ingin tahu tentang filem yang akan ditayangkan 11 Mei nanti!

Hanyut - Almayer's Folly



Filemnya, "Kaki Bakar" pernah menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di Festival Filem Cannes pada tahun 1995. U-Wei Haji Saari, yang turut mengarahkan "Perempuan, Isteri dan ..." (1993) dan "Jogho" (1997) bukanlah seorang pengarah filem yang biasa anda temui. Cukup berbeza dengan pengarah filem tempatan sedia ada.

Berdasarkan novel pertama Joseph Conrad, filem epic ini bercerita tentang Almayer, seorang peniaga Belanda berjuang untuk meneruskan kehidupan di Borneo pada pertukaran abad ke-19. Dia berimpian untuk menemui gunung emas yang dianggap mitos, tetapi ditentang oleh isterinya. Kerana terlalu fanatik, beliau tidak menyedari Dain dan Nina saling bercinta. Mem tahu bahawa Almayer tidak akan bertolak ansur dengan penyatuan sedemikian. Dengan kebencian yang mendalam terhadap suaminya Mem menggalakkan hubungan itu dan membiarkan Almayers dalam kegelapan.

Konsert : Jessie J Live In Malaysia

Berita baik kepada semua peminat Jessie J yang sudah atau belum membeli tiket ke konsert penyanyi ini minggu hadapan. Konsert pertama Jessie J untuk peminat di Malaysia ini di’jadual berlangsung pada 16 Mac 2012 di Surf Beach @ Sunway LagoonTune Talk yang menjadi penaja rasmi berminat memberikan anda semua satu tawaran yang tidak mungkin anda semua tolak.

Saturday, March 10, 2012

KOPI - Antologi cerpen Fixi yang pertama



Kata Pengenalan Amir Muhammad:

Dari usia remaja di alaf yang lalu hingga ke tahun 2011, saya ketagih sesuatu. Ketagihan itu tidak sihat dan saya sering cuba menghentikannya. Tiga kali cuba dan tiga kali gagal. Rupa-rupanya jawapannya ialah untuk mendapat bahan baru untuk dinikmati setiap hari; dan bahan itu adalah kopi.

Saya ingin tahu lebih tentang minuman yang adiktif ini. Ada orang yang akan pergi ke Wikipedia saja. Tapi yang bikin lebih intrig kepada saya: apakah cerita yang boleh direka oleh penulis-penulis Fixi mengenai kopi?


Pelawaan untuk menulis dihantar melalui emel pada 27 November 2011. Seminggu kemudian. hampir semua cerpen dalam buku ni siap ditulis! 'Kopi instan' yang tak sehebat kopi gourmet kah? Tapi adrenalin yang memungkinkan buku ni dihasilkan dengan kelajuan ni lebih kepada ghairah suatu 'quickie' — biarpun cepat berlalu, ia tetap menyegarkan.
 

Jemput!

Line-up:

KOPI 3 RASA : Shaz Johar
BERSAKSI KOPI : Dayang Noor
KOPI KOLA : Nadia Khan
KOPI, DONAT DAN BAYANG GADIS BERAMBUT HIJAU : Adib Zaini
CINTA KOPI : Gina Yap Lai Yoong
LUWAK DAN KRETEK : Ridhwan Saidi
KOPI PERCIK : Amal Hamsan
KAU KOPIKOKU : Dheepan Pranthaman
KOPI JANTAN KAW : Nik Adam Ahmad
CETHU : Nabila Najwa
BARISTA CINTA : Shafaza Zara Syed Yusof
HARI INDITIH : Asyraf Bakti
MALAM, DI MEJA TEMPAT KAU TERLENTOK : Hafiz Hamzah
RITUAL : Luc Abdullah
TANGAN BERULAT : Fadli Al-Akiti
VENTI : Redza Minhat
KOPI JULIA : Faizal Sulaiman
SECANGKIR KOPI BERSAMA DIA : Syaihan Syafiq
KOPI MIMPI : Raja Faisal


GIE



Tarikh Keluaran: 14 Julai 2005
Jenis Film: Drama, Biography
Dilakonkan Oleh: Nicholas Saputra

Filem GIE menceritakan seorang Soe Hok Gie, pemuda keturunan Cina yang hidup pada era orde lama. Dengan berlatar belakang kehidupan sosial politik pada masa itu. menceritakan seorang Gie yang berada pada usia remaja, SMP ketika gejolak ketidakpuasan masyarakat terhadap pemerintahan orde lama sedang berkecamuk. Gie yang tinggal bersama keluarganya, memiliki sahabat karib, serta rakan-rakan seperjuangannya.

Sosok Gie digambarkan sebagai seseorang yang berani berkata yang benar dan mempunyai kemampuan Bahasa ataupun pemikiran yang jauh dari pemuda-pemuda yang lain. Gie adalah sosok pemuda yang berani mengambil sikap atau menjadi diri sendiri.

Filem ini diinpirasikan dari kisah hidup So Hok Gie, seorang intelektual muda yang sering terlibat dalam demonstrasi dan perjuangan politik di masa hidupnya. Diari hidupnya telah diterbitkan menjadi sebuah buku bertajuk Catatan Seorang Demonstran dan tesis universitinya telah diterbitkan di bawah tajuk Di Bawah Lantera Merah.


Dalam diarinya, Gie pernah menulis:
"Seorang filsuf Yunani pernah menulis ... nasib terbaik adalah tidak dilahirkan, yang kedua dilahirkan tapi mati muda, dan yang tersial adalah umur tua. Rasa-rasanya memang begitu. Bahagialah mereka yang mati muda."
Bagi yang meminati Riri Reza, sutradara Laskar Pelangi, tontonlah filem ini. Salah satu lagi filem Riri Reza yang wajib tonton ialah '3 Hari Untuk Selamanya'.

Friday, March 9, 2012

Bunohan - Nafas baru Sinema Malaysia


Sebelum aku menonton filem Bunohan ini, aku telah dihidangkan dengan pelbagai 'hype' tentang betapa hebatnya filem ini. Ia menjadi thrending yang popular di twitter dan menjadi banyak status dan komen di Facebook. Ramai juga yang berkongsi di Youtube dan tak kurang juga menjadi inspirasi untuk jurugambar menjadikan Bunohan sebagai tema. Untuk filem yang dianggap berat oleh sesetengah pihak, ini merupakan petanda baik untuk Sinema Malaysia. Kalau sewaktu Jogho dan Kaki Bakar media sosial ini telah tersebar, mungkin ia akan menerima komen sebegini.

Apa istimewanya Bunohan? Filem berat bukanlah genre yang mampu ditelan oleh penonton kita yang sukakan hidangan yang ringan tanpa perlu bersusah payah berfikir. Namun Bunohan mampu mengajak segelintir penonton sebegini menonton dengan aksi tomoi dan ganasnya Ilham. Namun ia sekadar secukup rasa tanpa perlu berlebih lebih. Apa yang mahu dihidangkan adalah konflik antara tiga beradik Ilham (Faizal Hussein), Adil (Zahiril Adzim) dan Bakar (Pekin Ibrahim) yang lebih kejam dan ganas dari itu.

Bunohan arahan Dain Said ini dimulakan dengan adegan seawal minit pertama, filem ini telah membawa kita menelan keindahan pantai dengan kemunculan dua lelaki kampung sedang menjalankan ritual (tradisi), masuk pula lelaki dengan pakaian kerja sedang berdiskusi tentang projek (realiti) dan juga seorang kanak-kanak yang terjatuh kemudian bangun semula dengan calitan darah di dadanya. Dia berlari dan disorot  ke kelir wayang kulit dengan kesan torehan sebelum imej kanak-kanak itu berlari dirakam di sebalik torehan tersebut. Ia sudah cukup untuk menceritakan keseluruhan cerita yang ingin disampaikan dalam filem ini. Kisah mitos, cinta, kekeluargaan, maruah, perjuangan, jati diri dan budaya telah digaul sehingga menjadi satu adunan yang lengkap untuk dijadikan hidangan buat penonton Malaysia yang mengidamkan santapan filem seni dengan nilai artistik tinggi. 

Bunohan divisualkan gelap, segelap kisah dan watak-watak di dalamnya. Namun kalau boleh dikategorikan sebagai antagonis dalam filem ini, sudah tentulah ia jatuh kepada Bakar yang kejam, keji dan sanggup mengadaikan kasih sayang dan kekeluargaan demi mencapai hasratnya. Walaupun watak Ilham dan Adil juga bersifat gelap, Bakar boleh dikatakan sebagai yang jahat antara yang jahat (the bad among the bad). Bakar adalah bentuk iblis moden yang bertopengkan manusia yang nampak sufi di luar namun kotor di dalamnya.



Pembahagian Watak
Watak-watak di dalam Bunohan digambarkan konsisten. Pok Eng (Wan Hanafi Su) bapa kepada tiga beradik ini sering digambarkan dengan wayang kulit pohon beringin. Dalam setiap permulaan cerita Wayang kulit akan dimulai dengan kemunculan pohon beringin yang akan berada di tengah layar putih, begitu juga apabila persembahan tamat. Sebenarnya pohon beringin itu jika diterbalikkan merupakan gambaran hati manusia. Perjalanan cerita wayang kulit secara totalnya ialah kisah perjalanan manusia dalam menyucikan hatinya, cuma ia diceritakan dalam bentuk kiasan dan perlambangan. Pohon Beringin dalam Bunohan Adalah Pok Eng sendiri yang cuba membawa 3 anak-anaknya dalam perjalanan menyucikan hati masing-masing.



Bakar dilihat lebih gelap di mana setiap wataknya bersama Adil, Pok Wah dan Muski, dia akan diposisikan disebelah kiri. Bukankah kiri itu lawan kepada kanan yang sinonim dengan kebaikan? Namun bila dia bersama Jolok, orang suruhannya Bakar diposisikan disebelah kanan untuk menggambarkan konon kemurnian hatinya. Namun Bakar tidak pernah bercakap dengan memandang tepat kepada Jolok. Dain Said mengambil sisi filem di Barat di mana setiap syaitan itu, akan ada orang suruhan untuk melakukan kerja kejinya dan dia akan sentiasa terlihat baik di mata awam. Dan satu scene yang paling aku tak lupa sewaktu Bakar berbual dengan Pok Eng di dalam bilik yang berasingan di mana dalam 'frame'nya Bakar tetap diposisikan disebelah kiri namun Pok Eng diposisikan disebelah kanan dalam 'frame'nya namun terselindung disebalik langsir yang kabur. Ini cukup menceritakan sifat watak mereka yang cukup bijak dimainkan Dain.




Ilham memperlihatkan watak gelap yang selari dengan Bunohan. Pekerjaannya sebagai pembunuh upahan membuatkan Ilham harus ganas, cekap dan pantas dalam melakukannya. Walaupun sifatnya begitu, namun Ilham mempunyai lapisan hati yang halus, penuh sifat penyayang dan menghormati hak setiap manusia. Ini jelas bila Ilham menunjukkan rasa belas terhadap mangsa yang dibunuh dan ketika berdepan dengan mangsa terakhir upahannya, Adil ‘Bunga Lalang’ – adiknya sendiri. Ilham juga sangat menghormati si mati apabila mengalihkan semua kubur tempat bersemadi ibunya Mek Yah ke tempat asal setelah dipindahkan oleh orang-orang Bakar untuk laluan kemajuan. Baginya, membunuh orang adalah semata-mata pekerjaan dengan upah namun sifat kasih sayang dan keluarga sangat penting baginya.



Ini berbeza dengan Adil yang digambarkan bersifat tidak menentu. Rasa benci terhadap ayahnya Pok Eng membuatkan Adil lari ke Siam dan menjadi peninju Tomoi yang cukup dikenali. Kepulangannya ke Bunohan setelah dilarikan Muski dalam satu perlawanan dianggap sebagai sial. Ini tergambar apabila Adil menjejakkan kaki ke Bunohan di sambut dengan awan kelam dan air laut yang suram. Adil masih tercari-cari asal usulnya sehingga memaksa Pok Wah (Namron) guru tomoinya menceritakan kisah yang sebenar.


Bunohan adalah cerita dunia lelaki dan diwarnai dengan kehadiran Mek Yah, ibu Ilham yang telah bertukar menjadi buaya putih. Keindahan simbolisme di dalam realisme itu yang menjadikan filem ini unik dan mempunyai tempatnya yang tersendiri. Bunohan tetap akan memuaskan hati penonton walaupun hanya dilihat pada lapisan atasnya sahaja. Mungkin ia akan mengambil masa dan bicara untuk memahami isinya namun ia permulaan yang baik untuk sinema Malaysia. Datanglah menonton bersama teman-teman agar dapat berbincang dan berbual tentang filem ini.

Kadangkala kita suka menjadi bodoh dan melihat filem yang ringan dan sempit sambil bergelak ketawa atau teruja dengan aksi-aksi lasak gaduh atau biasa saja menjadi takut dengan jenis hantu yang tak masuk akal dan pulang dengan rasa puas tanpa perlu memikirkan tentang isinya.

Namun sampai bila?





Sinopsis : Bunohan diolah dan berkisar mengenai penipuan, pengkhianatan dan perhubungan kekeluargaan yang disemarakkan dengan darah dan mitos.

Genre : Drama/Aksi
Festival : Festival Filem Antarabangsa Toronto, Anugerah NETPAC Festival Filem Golden Horse Taipei, Festival Filem Antarabangsa Rotterdam
Kos : RM1.81juta
Penerbit : Apparat Sdn. Bhd.
Pelakon : Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su, Bront Palarae, Namron, Soffi Jikan, Hushairy Husin, Amerul Affendi, Tengku Azura
Facebook/Twiiter : www.facebook.com/Bunohan @Bunohan_Movie
Rating : 4.5/5



Seminar-Bengkel "KONSEP, FALSAFAH DAN STAIL PENGARAHAN "BUNOHAN" BERSAMA PENGARAH FILEM DAIN SAID" Anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FFTA) UiTM Kampus Puncak Perdana Shah Alam - RABU 14 MAC 2011, PUKUL 8.00 MALAM. TEMPAT TERHAD. Berminat sila email: mjmurat@yahoo.com

Bunohan film viewing + Dialogue with Director, Dain Said on Mar 15, 7:30pm GSC MV. RSVP + dets @ http://twtup.com/bunonan #TwtUpBunohan2



Paling Popular